Pages

Thursday, December 30, 2010

entri khas buat teman istimewa....

alahai. da banyak hari as tak update blog as nie kan. dulu bukan main lagi janji nak update selalu. maaf2. bukan tak mau update. kalau ikut2, macam2 ada dalam kepala as nie untuk nak tulis kat blog kesayangan as nie. tapi apakan daya, minggu nie as sibuk sikit. lagi2 as baru lepas lega demam. pastu ada banyak assignment, report projek, kuiz lagi. penat seyh. huhu.

hmm. kali nie, as nak cerita tentang insan2 yang istimewa dalam hidup as. da tajuk pown da tulis kan entri nie khas untuk teman istimewa as. hehe. sapa? siapa lagi kalau bukan HIDAYU HARON dan ISKANDAR ADI. well, merpati dua sejoli nie memang tak asing lagi la dalam hidup as. diorang nie memang penting la even as da ada teman istimewa.ngee. bagi as, diorang nie bukan ja kawan, tapi sahabat yang paling as sayang sangat2. susah nak cari sahabat taw.

adi, as da kenal dia lebih kurang 3 tahun la. dekat2 4 tahun la. 9/3/11 nie genap la 4 tahun as n adi jadi kawan. see, as ingat lagi first time as jumpa "monyet" nie. as tak main2 tau. n as sure adi pown tak ingat tarikh kami kenal. well, dia bukan jenis ingat tarikh2 nie. kalau tanya birthday as pown rasanya dia kena check kat fb as. haha. tak penting la. janji as tetap kawan baik num 1 dia. (num 1 ag ka?)

as kenal adi tu masa kami g camping kat Wang Pinang Perlis. camping bio apa ntah. tapi memang besh la. yang lawaknya, as dengan adi nie pantang jumpa. kalau kami jumpa jer kompom kami gaduh nya. i mean gaduh mulut la. hehe. dan di takdirkan pulak, kami dok 1 team. ag la kuat gaduhnya. haha. macam2 la kami gaduh. dia kata kat as, as kata kat dia. last dia kat camping tu, dia yang mintak num tepon as dulu. katanya, dia tak pernah mintak num tepon kat mana2 girl depan2. kira as first n last la. waa. bangga seyh. tapi yang tak beshnya dia kata mungkin sebab pangai as yang tak macam perempuan kowt. haha. adeh. potong betul la.

dan, sampai sekarang la kami still lagi stick as best friend. macam2 la dia tolong as. tiap kali as ada masalah, dia tolong as, dia ada masalah, as cuba tolong. memang besh la kawan dengan dia. gaduh jer kami. hehe. but, now kami da jarang contact. mungkin salah as kowt. as yang tak mesej dia. eh, dia pown ada salah gak la. sapa suruh tak mula mesej dulu. alasan tamaw kaco awek orang konon? kalau macam tu as pown tamaw kaco pakwe orang gak la. baru adil kan? bluek. or, dia da ada kawan baik baru? sobs. siapa la as nie kan. huk3. pe pown, he's still my best friend forever.

*as, ayu dan adi. merayau di Tesco lepas berbuka puasa buat pertama kali nya bersama. hehe.*

now, turn my beloved friend yang sangat tomey2. hidayu a.k.a titayu. kalau nak cerita tentang ayu, memang takkan habis sehari. she's such a wonderful girl that i've ever meet, n she's super duper nice. serious as cakap. as tak pernah kenal kawan yang sebaik dia. as kenal dia, lewat setahun as kenal adi. well, ada cerita di sebalik cerita la. let secret b secret la. hehe.

4/10/2008, hari raya ke empat as pergi rumah dia dengan adi even time tu as tak kenal ayu. adi tonggek la paksa as ikut. as pown pergi la. sampai ja kat rumah ayu, ada ayu n yana. as tengok yana tu, macam kenal. borak punya borak, tetiba bleyh kuar cerita pasal pergi seminar SPM. diorang cakap diorang pergi, as pown pergi jugak. then diorang kata naik satu bas dengan as. wah. terkejut giler as. tapi kenapa as tak ingat? dan kenapa as tak kenal ayu pada waktu tu? alangkah indahnya hidup as kalau as kenal ayu pada waktu tu. n tak silap as tarikh kami g seminar tu pada 4/6/2007. so officially as kenal ayu waktu tu la walau as tak ingat. hehe.

bagi as, ayu nie seorang yang sangat2 baik, sopan santun, pandai, hormatkan ibu bapa dia, sangat taatkan agama, comey, dan macam2 lagi la. as pown taw ayu tak suka di puji. tapi terimalah pujian as nie yea cayang.=)

ayu takkan suka kawan2 dia ada masalah even sikit. kata2 dia akan penuh nasihat, buat kita nie bertambah bersemangat.pandai bergurau lak tu. tak hairan la ramai yang sayang dia, dan dia ada ramai sahabat. as cemburu gak kadang2. hehe. kalau as pergi rumah dia, mak ayah dia akan layan as macam as sebahgian dari keluarga diorang. besh sangat kalau pergi umah ayu.

kalau as ada masalah, ayu la tempat pertama yang as akan ngadu masalah as tu. memang da tak cari orang lain da. sampai kalau gado ngan si dia pown akan ngadu kat ayu gak. ngee. dan minggu nie as demam, ayu la yang paling risau even dia jauh dari as, hari2 dia tanya tentang kesihatan as, berbanding yang dekat dengan as, tapi buat tak peduli. as hargai semua tu cayang. dan maaf sebab as tak balas mesej cayang, kredit da kong. huhu.

ape pown, terima kasih sangat2. ayu memang kawan yang baik. terlalu baik untuk diri as. dan sebab apa yang ada pada diri dia la as mula berubah sedikit demi sedikit, insya allah. as kagum dengan peribadi dia, as suka sikap dia. dan kalau boleh, as nak sikap macam tu. ayu bagi as, anugerah allah untuk as, yang tolong as kenal sikap2 yang yang baik. kalaulah as kenal dia lebih awal, mungkin as akan jadi lebih baik. sekarang as jahat lagi. haha.


*both of u are my best friend!!!sayang korang...=)*

dua2 sahabat as, dan dua2 as sayang. tapi tak leyh lebih2 la sebab depa dua nie adalah C_UP_E. (ayu dan adi, sila isi tempat kosong. haha) dengan adanya diorang, as rasa as dah tak kisah kalau kawan2 as yang lain nak pulau as ka, nak jauhkan diri dari as ka, or nak kutuk2 as sebab as taw, di belakang as ada dua orang sahabat as yang cukup untuk diri as. yang akan tolong hiburkan hati as, tolong as di waktu as sedih. as tak mintak lbeyh2 lagi da. dah ada dua orang sahabat nie dalam hidup as pown, as dah rasa bertuah sangat2 da. apa yang as cari dalam hidup nie adalah sahabat sejati, bukan kawan yang hanya pada nama.

i think, that's all la kowt. sakit da jari as taip panjang2. tak sangka lak bleyh taip panjang2 sampai macam nie. hehe. k. daa. salam. take care.

p/s: hargailah sahabat anda. sahabat dan kawan berbeza. hilang kawan senang ja bleyh cari kawan baru. hilang sahabat, ingat senang nak cari ganti??




Friday, December 24, 2010

my crazy side...





sekarang as dengar lagu dengan maksimum volume.
mula2 tadi rasa cam nak pecah telinga.
now da makin ok.
hehe.
as nie ada perangai yang kadang2 tak bapa nak betul.
biul?
maybe la.
selalunya as akan dengar lagu volume kuat2 nie bila as ada masalah, or dengar mak as berleter.
ngee. taktik yang as selalu guna.
tpi malam nie napa ya?
as ada masalah kah?
or mak as tengah bebel?
err..
off coz la mak as tak bebel sebab as ada kat kulim.
so, kenapa?
kenapa mesti seksa telinga as eh?
ntah la.
mungkin sebab as cemburu.
atau mungkin sebab kepala as tengah ting tong skunk nie.
ting tong napa?
*ish. banyak songeh lak*
*i'm sad today, yesterday, and maybe tomorow*
ish.
ntah la.
yang pasti, skunk nie my crazy side is coming out.
become annoying to anyone.
easily get upset.
my mood are really not well.
*PMS kowt??*
sensitif jer aty nie rasa.
kalau boleh, malam nie nak tdo, then tamaw bangun da.
as da tak larat nak fikir macam2.
n tak da tempat nak luah everything.
*miss my PB!!!T_T*
as perlukan sum1 yang as boleh percaya.
arrghh
sakit kepala.
skunk da selalu migrain.
kenapa nie?
kenapa mesti jadi macam nie?
*i don't noe y i'm b like this*

as tak suka.
as tak suka
as tak suka!!!
kadang2 senyum pown da palsu.
ketawa dalam dalam menangis.
cakap dalam terpaksa.
YA ALLAH, give me a way for me to out from this problem.
tears, please, don't easily go out from my eyes.
please.
be strong.
stop hoping something that not happen.
stop put high hopes to anyone.
stop rely on other person.
u such a tough girl.
u such an independent girl.
u can do anything by your own.
u can do it.
trust ur self.
trust ur heart.
juz b urself.

p/s:as tataw napa jadi macam nie. maye puca dari as sendiri. yea. it's happen because of me.lepas nie, tak da lagi "budak mengada2." i can do everything by my own, juz like before. i know i can.



Thursday, December 23, 2010

entry pendek...



kadang2 diri ini ingin di manja,
di belai,
di pujuk,
dan di beri perhatian...


p/s:juz a simple word to tell a simple things......

Wednesday, December 22, 2010

main boling bersama dak umah...wee


elop suma.
baru2 nie as ngan dak umah as g men boling.
*saja nak gtaw*
nie kira 1st time la cukup2 8 orang suma g main boling.
kalau tak, mesti ada ja yg tak da.
balik kampung la.
tak da duit la.
malas la.
dan bersempena duit PTPTN da masyuk *horey*, kami pown plan la nak main boling per suma.
wah.
as pown da lama tak tunjuk ketereran as main boling.
jangan main2 dengan as taw.
terer nie.
*terer baling bola dalam longkang. shh*
haha.
so malam ahad tu jugak kami g main boling.
tapi, tak suma la nak main.
5 orang jer yang nak main.
as, julia, zatie, ayu n wani.
azie, kak pain n fa tak mau main la plak.
it's ok la.
da nampak da la sapa yang nak kalah ngan as dan sapa yang akan kalahkan as.
hua3.
nie ada beberapa gambar yang as sempat ambik.
ada banyak lagi.
tapi terlupa da nak amek kat kawan as.
*owh. ayat biasa.tak heran la kalau as terlupa.da as nie memang jenis cepat lupa.*
check it out..^_^


muka2 tak takut kalah ngan as. *yea la sebab as tak menang,saja jer bagi peluang tu. haha*

azie n wani. yang kak pain tu tetiba ja masuk. kan da jadi pelik muka nya.hehe.

tie yang sangat excited as nak amek gmbar dia. ala2 artis g2.

peace.!!!!
ngan julia yang tinggi n besau..

aswani n hazwani. ratu baling bola masuk longkang. hahahaha.
inilah gaya PRO!!
dan ini gaya PROSAK...kah kah kah.

da penat baling bola masuk longkang, it's makan time!! main nya tak seberapa. tapi mam jer yang lebih. haha.

e2 la serba sikit gmbar masa kat Ole-Ole superbowl. memang besh la dapat spend time ngan budak2 rumah as. diorang memang sproting. n as harap ukhwah budak2 rumah as akan kekal la. tamaw gado2 macam rumah lain. hal rumah tangga kita jangan gtaw kat orang. aib tu. dosa. hehe.

bila lagi yea dapat spend time macam nie lagi? jom main boling lagi. time tu kompom korang tak menag nye. hehe. hari tu as saaj ja bagi peluang. kalau as main betul2 tak da nya korang suma nak menang.*alasan klise!!*

p/s:hepi beday zatie. besh la rumble ang semalan. buka idea aku..aku tukang rakam ja. kita tunggu orang yang besday 30/12 t lak k..hehe..


Sunday, December 19, 2010

malas vs rajin



wee...
as update ag.
(gila bangga)
al maklum la as kan da jrang2 nak update blog.
so bila kena masa and kena tempat yang leyh on9 free, as update la.
haha.
as da kat poli lagi neyh.
ngah wat group discussion lah kononnya.
mula nya cakap nak siapkan report hari nie jugak.

*wat report wat report*

kononnya rajin la nak siapkan keja tu jugak.
tamaw tangguh2 lagi da.
1 group semangat ja nak wat report bagi abes.
chaiyok2!!
tpi bila da dapat internet yang tak blok facebook and seangkatan dengan nya, (kalau guna WiFi poli that those things kena block. huh. i against all that. as da tak leyh on9 facebook dalam kelas lagi da. wahaha) tros jadi malas nak wat keja.
taw melayan facebook, blog, and so on.
hehe.
nie 1 group wat keja jarak jauh.
keja mengOn9 kan diri.
baca komik dan segalanya.
ngee
da jadi malas nak wat keja.
alasan kami, "ala, rilek la. kena anta rabu. bukan esok."
good excuse kan..=_="
hari selasa nanti kompom masing2 tido lewat wat keja.
well, besa la.
keja last minit.
sapa tak suka wat kan.
hehe.
da2.
as banyak ag keja nak kena wat.
chatting, blog walking, you tube, and so on.
keh3.
daa.
salam.
take care..=)


*comel kan pic nie.as suka.*


p/s:malam nie jom men boling!!hoyeaah..

Saturday, December 18, 2010

kenapa perlu ada perasaan cemburu???








semenjak dua menjak nie, as ada terfikir, kenapa wujudnya perasaan 'cemburu' dalam diri manusia nie. well, kalau da sebut cemburu, secara automatiknya akan di kaitkan dengan perempuan lah. yea la, perempuan nie kan sangat kuat cemburu. sampai kawan as pernah gtaw as, perempuan kalau tak kuat cemburu, tak nama perempuan la. What?statement apakah itu? tapi kan. bila as fikir2kan balik dengan diri asyang agak kuat cemburu nie,so, betul la kowt statement tu. haha.

walaupun perempuan nie kuat cemburu *terutama as*, tapi laki pown kuat jeles gak kan. oh, don't deny it la man. i know it la. (gila wat pala taw. kang da lak yang benci as. ngee)cuma yang best nya laki nie, diorng nie kadan2 pandai sembunyikan kecemburuan diorang tu. kalau diorang cemburu awek diorang mesej or cakap dengan laki lain, first of all, diorang akan diam dulu, then cakap it's ok. tapi daam hati, tak siapa tahu kan. ntah2 ngah merancang nak wat tindakan pape kan. wahaha. gler2. itu yang as kagum dengan kaum lelaki nie. lain macam perempuan, kalau cemburu, memang show gler2 la. sampai jumpa sedara perempuan pown takbagi *wahaha. i terasa.ngee*
da nama perempuan, dalam hati perempuan nie ada macam2 cemburu. cemburu tengok orang bahagia, cemburu tengok orang lebih dari diorang, cembure dapat pakwe nsem, cemburu dengan kejelitaan orang dan macam2 lagi la. *adeh, susah kan jadi perempuan. sapa kata senang?*
see, hal2 macam nie pown perempuan boleh cemburu taw.

as sendiri pown mengaku, yang as nie memang sangat kuat perasaan cemburu. sampai satu tahap, as wat si dia ngan sedara dia berjauhan, adeh. maaf2. tak der niat nak wat macam tu pown. huhu. selain tu, as sangat2 cemburu bila ada kawan2 as lebih pandai dari as. ok as mengaku as malas nak belajar, macam mana nak pandai kan. nguu. jeles la bila dalam kelas, ada yang dapat jawab tiap kali lecturer tanya. yang as, dok fikir2 amenda la yang lecturer tu dok tanya. waa. as memang tak pandai. jadi as memang boleh cemburu kan? hehe.
yes i know i;m not that cute. so don't get jealous with me ok?agaga.

cemburu nie kadang2 baik, tapi banyak yang tak baik nyer. cemburu tu boleh, tapi jangan la over sangat. kalau over, macam2 ha bleyh jadi. lagi2 cemburu buta. tataw ape sangat, tetiba cemburu. bahaya tu. lagipown tak adil la. sepatutnya siasat dulu, taw yang sebetulnya, baru nak cemburu ke, apa ka.

kalau dalam relationship, tak dak cemburu pown tak leyh gak. nanti macam tak ada rasa kasih sayang lak. dalam hubungan tu kena ada jugak perasaan cemburu tu. baru kasih sayang tu sentiasa ada. cewah. da macam doktot love lak as nie kan. hehe.
paper pown, kalau korang ada perasaan cemburu tu, control2 la k. jangan sampai merosak diri, merosak orang lain sudah la. fikir guna akal, jangan guna nafsu k yek. sekian wassalam.!!!=)

p/s;as nak kurangkan perasaan cemburu dalam diri as nie. huhu.

Wednesday, December 15, 2010

lappy saya sudah chat....hehe....


*per2 kena bagi salam dlu. sila jawab salam ok. hehe*


*gmbar lama, muka dulu2 pown lama. yang pasti skarang nampak lebih muda. haha*

ini gambar lappy as.
lappy as da chat taw.
(cam kerek jer an? haha.)
tak pe. kerek p la.
janji as hepi.
sebab lappy as dalebih dari sebulan tak leyh di guna.
well, besa la bila dapat tuan yang extreme ganas macam as, memang senang la rosak.
haha
*sila elakkan as guna lappy korang k. hehe*
as anta g repair 2 minggu lepas.
tapi memandangkan as sekarang nie tengah bankrap, so tiap malam as derita merindu la memikirkan apa yang apek tu wat kat lappy as yang masih dara nie.
hua3.
my da part merapu as.
besa la.
lama tak merapu macam dulu2 an.
hehe
ape pown, lappy as nie da agak buruk da.
da bnyk calar nya.
tapi as sayang taw lappy nie.
banyak jasanya kat as.
yang penting, hadiah dari ayah as.
huhu
owh ya, maceh yea kamu.
sebab bagi as pinjam wet kamu.
as tak mintak pown la.
pape pown, maceh sangat2.
sebab kamu as bleyh godek2 lappy as.
kamu da jadi num 2 la.
nyesal tak?
haha.
k la.
da dekat magrib.
as nak g mandi n solat.
daa.
salam.

p/s:kamu bf terbaik dari ladang....~

Saturday, December 11, 2010

hey kamu, yea, kamu la!!!


hey kamu, yea kamu la,
ape tengok2 blog saya?

hey kamu, yea kamu la,
kamu taw saya sayang kamu kan?

hey kamu, yea kamu la,
kamu taw tak tiap hari saya rindu kamu?

hey kamu, yea kamu la,
bila kita hang out sama2 lagi eh?

hey kamu, yea kamu la,
kamu taw kan saya kuat cemburu?

hey kamu, yea kamu la,
kamu taw kan saya cepat menangis?

hey kamu, yea kamu la,
kamu taw kan saya tak bleyh bila kamu tak contact saya langsung?

hey kamu, yea kamu la,
kamu taw kan saya suka kamu yang suka mengusik saya?

hey kamu, yea kamu la,
kamu jangan buat serius2 ngan saya ok?saya tak suka.

hey kamu, yea kamu la,
saya da rindu kamu lagi la, bila kerja kamu nak abeh nie?

hey kamu, yea kamu la,
saya tetap nak kaler ijau or biru untuk wedding kita nanti ok?

hey kamu, yea kamu la,
ape senyum2?

hey kamu, yea kamu la,
cinta saya hanya untuk kamu taw?

hey kamu, yea kamu la,
saya tak kisah la kamu nak keluar dengan twin, betul!!

hey kamu, yea kamu la,
saya sayang kamu sangant2!!!~wink~

p/s:as da malu....haha

Wednesday, December 8, 2010

kesakitan itu mengajar erti menghargai sebuah kebahagian...



tetiba as rasa as nak tulis pasal menda neyh. mungkin sebab as terasa nak bebel banyak2 kowt.hehe.takda la. saja2 ja.

actually, as bukan pandai sangat dalam nak nasihat2 orang neyh. nasihat diri sendiri pown kadang2 tak lepas. apatah agi nak nasihat orang lain kan. tapi, setakat mana as mampu tolong,as tolong la. kalau as tak mampu tolong, jadi tukang dengar pown jadi la.

as nie bukanlah jenis yang bleyh tengok kawan2 as ada masalah. lagi2 kalau ada yang nangis2 depan as. as cepat kesiankan orang lain. kalau ada kawan2 as ngadu kat as tentang masalah diorang, as dengar dlu. fikir ayat terbaik untuk tenangkan aty diorang. kalau bleyh taknak tengok diorang nangis2 depan as. sebab nanti as akan nangis lagi teruk.betul taw. haha.

kebanyakan kawan as akan ngadu pasal masalah kapel diorang. biasala. kapel mana yang tak pernah ada masalah kan. as pown ada masalah kapel gak. tapi alhamdulillah ok lagi setakat skunk ni.lain la kalau kapel tu perfect kapel. tapi, ada ka perfect kapel??hehe. ada gak yang ngadu duit tak cukup la, masalah family la. macam2 lagi la. ada yang kata masalah diorang la yang paling teruk la. ya ka paling teruk? hurm, tak kowt.


sebenarnya kalau kita kata apa yang kita hadapi tu paling teruk ingat la lagi ramai lagi manusia kat luar tu ada masalah. mungkin berkali ganda dari apa yang kita hadapi. dan jangan sesekali pertikaikan apa yang kita hadapi tu. apa yang ALLAH aturkan dalam hidup kita, itu adalah yang terbaik. ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak nampak lagi. ALLAH pon takkan turunkan masalah tu kat kita kalau kita tak mampu nak tanggung semua tu.

mulut kita mungkin kata kita tak mampu nak tanggung masalah kita tu. hari2 kita kata macam tu. tapi sedar tak yang apabila kita kata macam tu, sehari demi sehari habis macam tu ja. dan akhirnya kita mampu tanggung masalah tu. see. itu menunjukkan yang apa yang ALLAH turunkan untuk kita tu memang kita mampu tanggung. ALLAH takkan bagi sesuatu masalah tu semata2 nak bebankan hambaNYA, tapi sekadar nak uji sejauh mana taha keimanan hambaNYA tu ja. nak tengok hambaNYA ingat tak ALLAH. jangan masa ada masalah ja ingat ALLAH. bila da settle masalah tu, lupa terus.tak baik la.

yang penting, cara kita handle masalah kita tu. cara macam mana nak hadapi masalah tu. kalau minda kita kita tak mampu nak handle masalah tu, lambat laun kita memang takkan mampu nak handle masalah kita tu. sebab hari2 kita bagi tau diri kita, jiwa kita yang kita memang takkan mampu nak handle masalah tu. sepatutnya, bila kita ada masalah, kita patut fikir cara bagaimana nak settle kan masalah tu. bukan dengan menangis 24/7, tanpa any idea how to solve it.

yea. mungkin ada yang kata menangis tu satu cara untuk mengurangkan tekanan.menangis memang satu cara yang berkesan untuk kurangkan rasa tekanan tu. bila menangis, buang semua rasa sedih, marah, tak puas hati, geram tu semua with one tears. Insya Allah akan jadi lebih tenang selepas tu. tapi jangan la sampai nangis tak henti2.tak da gunanya menangis tapi tak fikir cara nak selesaikan masalah kita tu. cara penyelesaian masalah bukan dengan menangis non stop. it is very useless to do nothing unless crying.

paling penting, kita patut percaya pada diri kita. kalau kita tak mampu nak handle sorang2 masalah tu, cari la someone yang kita percaya untuk luah masalah kita tu. mana taw, dengan berkongsi dengan sahabat kita tu, kita mampu nak settlekan masalah tu kan. pendapat kedua memang sangat di perlukan bila kita ada masalah yang besar. tak terdaya as rasa kalau kita nak tanggung masalah tu sorang2. kita bukannya robot. robot pown ada limit dia, ada masalah gak.hehe. tapi awas!!jangan sampai kita cerita kat orang yang tak bleyh di percayai lak. kang masalah lain lak yang timbul, naya jer. hehe.


percayalah, kesakitan itu mengajar erti menghargai sebuah kebahagian. jangan sangka hepi2 as, as bebas dari masalah. as pown ada masalah as jugak. tpi tak suka tunjuk. hanya yang terpilih jer yang taw. n tak ramai pown jadi yang terpilih. hehe.

hurm. as da tataw nak bebel pe ag da. ag pown hape2 la as taip nie. ades. da. salam. take care you all.

p/s:senyum mampu kurangkan tekanan. jadi senyum2 la selalu k.....=)

Sunday, December 5, 2010

maafkan aku kerna aku tak sempurna....

salam untuk pembaca bog as yang merapu nie...=)

as da tekad untukrajin2 update blog as yang tak seberapa neyh. Insya Allah, selagi as mampu, as akan ajen2 update blog nie. as cuba k..=)

kali nie, as nak mintak maaf untuk si dia.
maaf sebab as tak dapat jadi teman terbaik untuk dia.
maaf sebab banyak susahkan dia.
maaf sebab si dia perlu melayan 'kerenah' as yang sangat melampau.
kalau dahulu, as mungkin banyak berjanji itu ini.
berjanji untuk tidak meminta lebih dari apa yang si dia mampu beri.
tak meminta untuk terlalu di manja.
berjanji untuk sentiasa memahami diri si dia.
menerima si dia seadanya dia, sebagaimana si dia menerima as.
tapi ternyata untuk melaksanakan semua itu, as tak mampu.
bibir ini acap kali berjanji itu ini.
tapi hakikatnya as masih lagi punya banyak kelemahan.
bibir ini juga banyak sakiti hatinya.
perangai ini banyak membuat si dia memendam rasa.
kadang2 as sedar.
tapi entah kenapa as masih lagi degil, keras kepala.
kadang dia letih, as tetap memaksa untuk itu dan ini.
dan pabila si dia tidak mampu untuk tunaikan semua itu, rajuk as akan bermula.
si dia pula cuma mampu menahan rasa.
maaf.
as terlalu ikutkan perasaan.
as sepatutnya menjadi lebih matang seiring usia as.
tapi lain pulak jadi nya.
makin besar, makin menjadi.
mungkin kalau dulu, sifat dan sikap as tak begini.
semuanya boleh di lakukan sendirian.
tapi bila unya insan istimewa, segalanya berubah 360 darjah.
dari sebesar2 perkara hinggalah hal yang remeh temeh ingin di lakukan bersama.
mengadanya as!!

untuk si dia,
ketahui lah bahawa rajuk as inginkan pujukanmu.
marah as kerana kecewa memasang angan terlalu tinggi.
bebai as kerana inginkan perhatianmu.
tak perlu berjuta kata2 manis.
cukupah ungkapan ringkas yang mampu membuat bibr ini tersenyum indah.
tak perlu hadiah mewah.
cukuplah sekadar ingatan dari mu.
as bukan budak manja.
tapi kadang2 naluri ini tetap ingin di manja.
setiap kali penolakanmu membuat hati ini berjauh.
tapi cinta ini tetap miikmu....
salam sayang...

p/s:maaf di atas segaanya. segaa sakit di hati. maaf juga kerna pernah menipu dirimu. ini kerna aku tidak sempurna sebagai manusia...

Thursday, December 2, 2010

saya cepat terasa..

salam.

as sekarang nie cepat jer nak terasa.
ntah napa ntah.
dulu tak macam nie.
patut nya makin meningkat muda, makin matang.
tapi lain lak jadi nya.
sket2 nak terasa.
napa nie?
as tak suka la as jadi lembik macam nie.
nak jadi macam dulu.
susah nak terasa.
susah nak bebai2.
huhu.
adeh.
susah nya macam nie.
tak strong betul la kalu cepat terasa.
menda kecik leyh jadi besaq.
pastu gado2.
tarik muka.
erk.
huduhnya pangai as.
maaf yek.
mungkin perubahan hormon kowt.
agaknya la.
hehe.


pe pown, as akan cuba kuatkan aty as semula.
sama macam dulu2.
so senang la as nak gaduh ngan kawan baik as yang sengal manjang tu.
nak kutuk2 dia pown senang.
haha.
jahat2.

p/s:i want my old me. but life must go on rite?so, accept everything...=)