Pages

Thursday, December 30, 2010

entri khas buat teman istimewa....

alahai. da banyak hari as tak update blog as nie kan. dulu bukan main lagi janji nak update selalu. maaf2. bukan tak mau update. kalau ikut2, macam2 ada dalam kepala as nie untuk nak tulis kat blog kesayangan as nie. tapi apakan daya, minggu nie as sibuk sikit. lagi2 as baru lepas lega demam. pastu ada banyak assignment, report projek, kuiz lagi. penat seyh. huhu.

hmm. kali nie, as nak cerita tentang insan2 yang istimewa dalam hidup as. da tajuk pown da tulis kan entri nie khas untuk teman istimewa as. hehe. sapa? siapa lagi kalau bukan HIDAYU HARON dan ISKANDAR ADI. well, merpati dua sejoli nie memang tak asing lagi la dalam hidup as. diorang nie memang penting la even as da ada teman istimewa.ngee. bagi as, diorang nie bukan ja kawan, tapi sahabat yang paling as sayang sangat2. susah nak cari sahabat taw.

adi, as da kenal dia lebih kurang 3 tahun la. dekat2 4 tahun la. 9/3/11 nie genap la 4 tahun as n adi jadi kawan. see, as ingat lagi first time as jumpa "monyet" nie. as tak main2 tau. n as sure adi pown tak ingat tarikh kami kenal. well, dia bukan jenis ingat tarikh2 nie. kalau tanya birthday as pown rasanya dia kena check kat fb as. haha. tak penting la. janji as tetap kawan baik num 1 dia. (num 1 ag ka?)

as kenal adi tu masa kami g camping kat Wang Pinang Perlis. camping bio apa ntah. tapi memang besh la. yang lawaknya, as dengan adi nie pantang jumpa. kalau kami jumpa jer kompom kami gaduh nya. i mean gaduh mulut la. hehe. dan di takdirkan pulak, kami dok 1 team. ag la kuat gaduhnya. haha. macam2 la kami gaduh. dia kata kat as, as kata kat dia. last dia kat camping tu, dia yang mintak num tepon as dulu. katanya, dia tak pernah mintak num tepon kat mana2 girl depan2. kira as first n last la. waa. bangga seyh. tapi yang tak beshnya dia kata mungkin sebab pangai as yang tak macam perempuan kowt. haha. adeh. potong betul la.

dan, sampai sekarang la kami still lagi stick as best friend. macam2 la dia tolong as. tiap kali as ada masalah, dia tolong as, dia ada masalah, as cuba tolong. memang besh la kawan dengan dia. gaduh jer kami. hehe. but, now kami da jarang contact. mungkin salah as kowt. as yang tak mesej dia. eh, dia pown ada salah gak la. sapa suruh tak mula mesej dulu. alasan tamaw kaco awek orang konon? kalau macam tu as pown tamaw kaco pakwe orang gak la. baru adil kan? bluek. or, dia da ada kawan baik baru? sobs. siapa la as nie kan. huk3. pe pown, he's still my best friend forever.

*as, ayu dan adi. merayau di Tesco lepas berbuka puasa buat pertama kali nya bersama. hehe.*

now, turn my beloved friend yang sangat tomey2. hidayu a.k.a titayu. kalau nak cerita tentang ayu, memang takkan habis sehari. she's such a wonderful girl that i've ever meet, n she's super duper nice. serious as cakap. as tak pernah kenal kawan yang sebaik dia. as kenal dia, lewat setahun as kenal adi. well, ada cerita di sebalik cerita la. let secret b secret la. hehe.

4/10/2008, hari raya ke empat as pergi rumah dia dengan adi even time tu as tak kenal ayu. adi tonggek la paksa as ikut. as pown pergi la. sampai ja kat rumah ayu, ada ayu n yana. as tengok yana tu, macam kenal. borak punya borak, tetiba bleyh kuar cerita pasal pergi seminar SPM. diorang cakap diorang pergi, as pown pergi jugak. then diorang kata naik satu bas dengan as. wah. terkejut giler as. tapi kenapa as tak ingat? dan kenapa as tak kenal ayu pada waktu tu? alangkah indahnya hidup as kalau as kenal ayu pada waktu tu. n tak silap as tarikh kami g seminar tu pada 4/6/2007. so officially as kenal ayu waktu tu la walau as tak ingat. hehe.

bagi as, ayu nie seorang yang sangat2 baik, sopan santun, pandai, hormatkan ibu bapa dia, sangat taatkan agama, comey, dan macam2 lagi la. as pown taw ayu tak suka di puji. tapi terimalah pujian as nie yea cayang.=)

ayu takkan suka kawan2 dia ada masalah even sikit. kata2 dia akan penuh nasihat, buat kita nie bertambah bersemangat.pandai bergurau lak tu. tak hairan la ramai yang sayang dia, dan dia ada ramai sahabat. as cemburu gak kadang2. hehe. kalau as pergi rumah dia, mak ayah dia akan layan as macam as sebahgian dari keluarga diorang. besh sangat kalau pergi umah ayu.

kalau as ada masalah, ayu la tempat pertama yang as akan ngadu masalah as tu. memang da tak cari orang lain da. sampai kalau gado ngan si dia pown akan ngadu kat ayu gak. ngee. dan minggu nie as demam, ayu la yang paling risau even dia jauh dari as, hari2 dia tanya tentang kesihatan as, berbanding yang dekat dengan as, tapi buat tak peduli. as hargai semua tu cayang. dan maaf sebab as tak balas mesej cayang, kredit da kong. huhu.

ape pown, terima kasih sangat2. ayu memang kawan yang baik. terlalu baik untuk diri as. dan sebab apa yang ada pada diri dia la as mula berubah sedikit demi sedikit, insya allah. as kagum dengan peribadi dia, as suka sikap dia. dan kalau boleh, as nak sikap macam tu. ayu bagi as, anugerah allah untuk as, yang tolong as kenal sikap2 yang yang baik. kalaulah as kenal dia lebih awal, mungkin as akan jadi lebih baik. sekarang as jahat lagi. haha.


*both of u are my best friend!!!sayang korang...=)*

dua2 sahabat as, dan dua2 as sayang. tapi tak leyh lebih2 la sebab depa dua nie adalah C_UP_E. (ayu dan adi, sila isi tempat kosong. haha) dengan adanya diorang, as rasa as dah tak kisah kalau kawan2 as yang lain nak pulau as ka, nak jauhkan diri dari as ka, or nak kutuk2 as sebab as taw, di belakang as ada dua orang sahabat as yang cukup untuk diri as. yang akan tolong hiburkan hati as, tolong as di waktu as sedih. as tak mintak lbeyh2 lagi da. dah ada dua orang sahabat nie dalam hidup as pown, as dah rasa bertuah sangat2 da. apa yang as cari dalam hidup nie adalah sahabat sejati, bukan kawan yang hanya pada nama.

i think, that's all la kowt. sakit da jari as taip panjang2. tak sangka lak bleyh taip panjang2 sampai macam nie. hehe. k. daa. salam. take care.

p/s: hargailah sahabat anda. sahabat dan kawan berbeza. hilang kawan senang ja bleyh cari kawan baru. hilang sahabat, ingat senang nak cari ganti??




2 comments:

Ayu said...

huu =( ..ples buang sbhagian dari cerita entry ini..yg tentang ayu..dah2..sedih ni...

Cik As said...

cayang, it's true and honest from my heart.....serious..