Pages

Sunday, May 29, 2011

i love my job.....=)



waduh. lama gler kan as tak update blog. dulu kemain lagi bleyh kata hari2 as update blog. ada jer menda nak update hari2. sampaikan yang tak penting pown ngengada nak update kat sini. tapi ,sekarang nak update satu entri pown seminggu sekjali. tu pown kalau ada masa free. tak dak masa, alamatnya kesunyian la blog nie. ibarat cam bini pertama tunggu laki balik umah ler. phew.

so, hari nie as cuti. ada la sikit masa nak update blog kesayangan as nie. apa pown yang jadik, as kena update gak. boring gler masuk blog tak der menda sangat.orang pown tak lalu nak masuk blog as kan. huhu.

well, sepatutnya as cuti semalam. tapi memandangkan semalam ada soft launching untuk projek terkini kat company as kerja, terpaksa la as pergi kerja dengan senyuman lebar di pipi. *nipu jerk pandai*pagi2 lagi da kena g opis. buat kerja itu ini. kena nagkat bunga la, susun meja la. budak baru kan. kena buli la sikit2. itu la kata senior2 as kat tempat kerja. tak per. as rela di buli. T_T

dalam pukul 10 cam tu, customer da ramai da my. nie la first experince as untuk buat jual beli rumah nie. da la kena kira banyak2. bab cakap it's not a big deal for me. even in english, i confident to say whatever i think it's correct. nasib la customer2 yang as approach tak banyak songeh sangat.

err. ada la jugak. nak taw interest la, monthly payment macam mana la. suh as kira itu ini la. hey, like i said, I DAMN HATE CALCULATION. tapi muka depan customer kena maintain beb, da la bos asyik follow as jer tiap kali nak approach customer. takut seyh. mula tu ada jugak tersilap cakap. tapi alhamdulillah bos as ada kat situ. dia la tolong berulkan. nasib baik lagi. tidaj kena saman naya ja. =_=!. kiranya semalam as cakap tak henti2. sampai tekak jadi sakit. serius sakit. sekarang pown dok rasa sakit lagi. sakit tak sakit, ais tetap menjadi pojaan hatiku. hahaha.

tapi yang beshnya, semalam masa as tengah dok layan orang yang mai soft launching tu, as ingatkan dia customer yang nak beli rumah. rupanya diorang tu big bos maybank. sembang punya sembang, dia tanya la as dah berapa tahun as kerja kat situ. as pown cakap la baru masuk seminggu. diorang memang terkejut la jugak. bila doirang tanya sebelum nie pernah kerja mana. as kata "this is my first job after i finish my study 3 weeks ago." lagi la diorang terkejut. diorang kata, "it seems like works long times ago. it's great for Jesin to have u as their worker."

pergh. time tu jangan dok kata pa la. memang as rasa kembang macam nak pevah jer seluap jeans as tu. haha. lagi satu, diorang siap offer as kerja dekat Maybank lagi. dah tu, nak double gaji. fuh. tergugat gak la as time tu. sapa tak tergugat. gaji dekat Jesin Group pown da kira Alhamdulillah sangat2 da. kalau as g kerja kat maybank, perrgghh. lagi la masssyyyuuukkk!!

but, as tolak dengan baik offer diorang tu. sekarang bagi as bukan masanya lagi nak kejar duit. as nak kejar apa yang as minat, dan paling penting, kejar pengalaman. yes duit penting. dan as rasa agak menyesal sebab tolak offer diorang tu. tapi apapun, as enjoy kerja kat syarikat yang sedia ada nie. environment dia ok. bos2 pown baik, colleague pown besh gila. walau as baru masuk seminggu, diorang layan as macam as dah kerja bertahun2 da. mau nya tak besh. lagipown, as baru masuk jer kan. takkan la nak tinggal macam tu jer. as nie seorang yang setia taw!!

so as rasa, biarlah as rugi sekarang. it's ok for me actually. as taw, rezeki masing2 Allah da tetapkan. mungkin hari nie as tolak rezeki nie, nanti2, mana taw as akan dapat rezeki lain pulak. mana kita taw kan. huhu.

overall semalam kira as enjoy sangat2. dah taw la macam mana nak jual rumah, apa yang as perlu kata, macam mana nak yakinkan orang untuk beli rumah. and, paling penting, rumah kat kedah murah ok nak bandingkan dengan negeri lain. tapi apa pown, as tak suka kira2!!!!tolong la. tak boleh lari jugak nampaknya dengan kira2 nie. grr. geram2.

ha. kat bawah nie ada la sikit2 gambar masa soft launching tu. sikit jer la. sebab as tak sempat nak snap banyak2 gambar. sibuk wei. sibuk cakap. hahaha.



*suasana masa soft launching. maaf kualiti gambar tak elok. maklum la, i bukan guna Iphone. hehe.*


*budak ini damn cute!!!love her eyes. comel sangat2. geram2!!!!!*



*muka penat+berminyak.*

see. kan as kata sikit jer. hehe. gambar banyak2 kat bos as. nenanti la as ambil.

oh ya. semalam as berjaya jual 5 bijik rumah. 1 banglo, 3 semi-D dan 1 rumah teres. 5 over 21 dari jumlah yang berjaya kami jual. not bad right? bos as pown puji as. hehe. suka2. as peluang la nak naik gaji. wahahaha.

esok koje lak. adoi. tak puas la rehat kat umah. minggu nie ada join Mapex lak. amenda ntah. as pown tak taw. yang pasti kena jual umah la. haha. apa pown, it's good for me to gain more experience right??^_^

ok. da sakit jari menaip panjang2. see ya. muahx....

p/s: mengharap masa depan yang cerah. insya allah.......

No comments: