Pages

Saturday, January 1, 2011

selamat tahn baru 2011....ape azam saya tahun nie yek???



*comel kan kekasih gelap as bagi salam..hehe..love u kakashi...wahaha..*

*dumm* *dumm* *dumm*
eh. bunyi bunga api la. ohh. da new year. *rasa ketinggalan la plak. al maklum la. dok umah sorang2. haha.*=_="

sedar tak sedar tahun 2010 da pergi meninggalkan kita semua dan takkan kembali lagi da. kira da jadi sejarah dalam hidup kita semua la. sekarang da masuk tahun 2011 la. huhu.


dulu as rasa macam umur as tak panjang ja. rasa macam tak sempat merasa masuk tahun baru 2011 jer. tapi alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur as, dapat gak as hidup sampai ke tahun nie, tahun 2011. tapi yang pasti, umur semakin bertambah. nguu.

kalau untuk tahun 2010, azam as telah as capai dengan jayanya. hari tu wat, hari tu gak as berjaya capai. yea!! sila tepuk tangan. haha. itu merapu punya azam. kali nie as nak wat azam yang betul2 punya azam. azam yang tulus dari hati, dari akal fikiran, dan dari segi kemampuan as. *cewah ayat tak tahan. hehe*

adeh. napa awal tahun jer, mesti buat azam baru la, itu la, ini la. hurm. teringat lak kata2 lecturer as. dia kata ~kenapa manusia perlu tunggu tahun baru, baru nak wat azam macam2? ini sebab, manusia perlu starting point untuk memulakan sesuatu tu. tak penting bila. cuma sudah menjadi kebiasaan azam di buat bila masuk tahun baru masihi ataupun hijrah. yang penting, azam untuk capai azam tu, betul2 tekad. baru menjadi~

well, betul gak kan apa kata lecturer as tu. so, tahun nie as ada beberapa azam yang as target untuk capai tahun nie gak. insya allah. kalau allah izinkan la. pe pown, as akan cuba untuk capai gak azam tu. antara azam as adalah:

1) menjadi manusia yang lebih baik.
~tahun 2010 telah tinggalkan as dengan seribu satu kenangan. mungkin banyak yang tak manis dari mani kowt. entah la. cuma as harap, tahun nie as menjadi manusia yang lebih baik dari tahun lepas. jadi anak yang baik, jadi kawan yang baik, awek yang baik. pendek kata semuanya lebik baik dari biasa la. hehe

2)menahan lidah dan nafsu dari mengumpat.
ini sangat susah as nak wat. biasa la lidah perempuan. kalau tak mengumpat tak sah. yea as ngaku, lidah as nie cepat jer nak ngumpat. cuma sejak 2 menjak nie, as rasa bersalah sangat kalau nak mula ngumpat2 nie. rasa cam tak besh lak dok ngutuk2 orang kat belakang. tak adil. n kesian sangat2 untuk yang jadi mangsa tu. as tak suka di umpat, jadi orang lain pown sama la kan. sapa yang suka di umpat. jadi, insya allah, as akan kurangkan, atau lebih sesuai lagi tak ngumpat langsung. da tak tergamak rasanya nak makan daging sesama saudara nie. rasa berdosa sangat2. hurm

3) membalas kejahatan dengan kebaikan.
yang nie pown belum tentu as mampu buat. cuma, as akan cuba untuk buat. as selalu kata dekat kawan2 as, kalau orang buat jahat kat kita kenapa nak balas jahat jugak. kalau kita balas jahat balik, so kita nie sama jahat la dengan orang yang buat jahat kat kita tu. tak da bezanya. jadi, as akan cubna buat apa yang as kata kat kawan as tu. cakap saja tak guna kan. mungkin sukar. yea la. sapa sanggup tahan kalau orang dok buat jahat kat kita kan. tapi Nabi Muhammad S.A.W mampu. dan sahabat as, Ayu mampu. tak salah kan as contohi apa yang baik dalam diri mereka itu. dan as akan cuba selagi as mampu. as pown bukanlah malaikat.

4) mematangkan diri.
as da nak masuk 21 tahun. da makin muda. kena wat pangai orang2 muda la. hehe. perasan!!sebetulnya as makin tua. bak kata mak as kalau as kawin da ada anak 2 orang da. adeh. =_=". as muda lagi la. kawin pe awal2. tak besh la. huhu. so, bersesuaian la dengan umur as yang da makin meningkat nie, as kena matangkan diri. blog as nie pown da tak macam dulu. yang banyak merapu nya. ntah hapa2. sekarang da lain kan. hehe. chaiyok2!!as kena cepat matang. jangan sikit2 majuk, sensitif tak bertempat.
*ape yang tersembunyi di pic nie??*

5)cari kerja, dapatkan lesen kereta, dan beli kereta.
nie mungkin azam as yang terakhir. lepas as habis belajar, as ingat as nak kerja. study?insya allah as akan buat PJJ or seangkatan dengannya. kesian kat family as. tak mampu kowt nak sara semuanya. so lebih baik as kerja, dapat gak bantu family as kan. then, as nak dapatkan lesen kereta, pastu beli kereta. kereta secondhand pown jadi la. janji kereta. hehe. jeles la tengok orang bawak kereta. nak gak bawak kereta. leyh layan drift lak. haha.

hurm. as rasa banyak tu jer kowt azam baru as. mampu tak mampu as nak capai terpulang la. kalau Allah izinkan, tercapai la azam as tu. tak tercapai sepenuhnya, tercapai sebahagian pown jadi la. takut gak letak azam tinggi2. nanti azam tinggal azam ja. pe pown, usaha tu penting kan. tawakal aja tak guna gak. =)

so, apa azam tahun baru korang? nak capai azam tahun lepas ke?hehe....XD

p/s: tercapaikah azam as tahun nie? hurm..wallahualam...

2 comments:

Emma Zaraa said...

smela..aku pn ingt xnk dh study full time..aku nk wt degree PJJ or space je...

Cik As said...

tu la...ikut2 da maleh nak ngadap buku nie. haha....