Pages

Wednesday, July 31, 2013

kawan....

diam..
diam...
dan terus berdiam..
kalau salah aku, katakan apa yang salah..
kalau silap aku, tegur aku..
kalau benar aku menyakitkan hati, maafkan aku..
tapi jangan berdiam,
dan menghakimi aku..
aku hanya insan biasa..
yang sentiasa melakukan kesalahan yang sama berulang..
aku tahu aku salah..
tapi, apa yang salah?
beritahu lah aku, kawan..
jangan hanya berdiam..
kerna, itu sangatlah menyakitkan hati aku..
menyakitkan hati kawan aku,
bukan lah matlamat hidup aku..
aku suka berkawan..
akhir kata, andai aku punya salah dan silap, maafkan lah aku setulus hati mu..
andai aku terlepas kata, ku mohon maaf..
andai aku menyakitimu tanpa aku sedari, maafkan lah aku..
kawan...

Thursday, July 25, 2013

Poligami dan Ashraf Muslim.





Heboh satu Malaysia bila kes Ashraf Muslim kawin kat Thailand tersebar. Wujud lah ‘Persatuan Membela Nasib Isteri Petama Ashraf Muslim’. Macam2 kata di lemparkan. Jujur aku katakan, aku sebagai perempuan turut bersimpati kat Dayana. Kesian. Suami yang sangat di sayangi punya orang lain. Dalam tak merelakan, akhirnya sudah bermadu.

Tapi yang paling aku hairan sekali, banyak pulak orang yang lebih sudu dari kuah. Yang bekahwin, yang bermadu orang lain, tapi kita pulak yang lebih2. Ya, memang Ashraf Muslim salah sebab kawin tanpa izin isteri pertama nya. Tapi harus di ingat, dalam Islam, kalau lelaki nak kawin lain, x perlu mintak izin isteri pertama. Hanya di Malaysia sahaja yang tetap kan peraturan macam tu. Tapi hak sebagai isteri adalah boleh minta di lepaskan kalau tak sanggup bermadu.

Ashraf Muslim kawin 1 lagi, x salah. Yang salah, dia kawin senyap2, kat Thailand, tipu isteri dia, tipu keluarga mentua. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Dia mintak izin dari isteri, isteri x bagi, lagi pun ya lah, majority isteri takkan bagi punya suami diorang kawin lagi satu. So dia amek short cut iaitu kawin kat Thailand. Abes cerita. Kalau benar dia mencontohi Nabi Muhammad, dia takkan buat macam tu. Sebab nabi tak pernah kawin senyap2. Semua nya atas izin isteri2 baginda.

Kalau aku da kawin nanti, mana lah tau laki aku galak menggatal nak tambah cawangan, Insya Allah aku baling pinggan mangkuk tepat di kepalanya izinkan. Sapa yang kenai aku dari zaman sekolah, zaman politeknik, sampai la sekarang tau la sebab aku ada cakap macam tu. Diorang warning aku, jangan cakap macam tu, nanti jadi betul2. Aku diam. Aku tau. Kadang2 sebelum jadi boleh la cakap macam2. Eksyen!

Bagi aku, kena tipu lagi perit. Kita tentang kehendak lelaki nak berkahwin lagi. Kita rebel. Last2, laki kita kawin kat Thailand. Apa boleh buat. Tetap jugak sah di sisi agama. Lagi bertambah sakit di hati. Kadang2 manusia hanya mampu merancang, aturan Allah jugak yang terbaik.

Ya aku tau mana ada perempuan yang sanggup hidup bermadu. Sedangkan Aisyah isteri nabi pun tak sanggup bermadu. Inikan kita yang hanya manusia biasa. Aku sendiri kuat cemburu. Tapi percayalah. Lelaki bila nak, tapi di tahan2, cepat atau lambat last2 akan pasang cawangan lain jugak.

Lelaki WAJIB taw yang poligami tu bukan hanya adil dari segi giliran. Lebih dari itu. Bila Saidina Ali r.a nak kawin lagi satu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri larang. Sebab nabi tau Fatimah masih lagi perempuan biasa. Yang punya rasa cemburu. Nabi pesan, kalau saidina Ali nak kawin lagi satu, dia minta dilepaskan Fatimah. End up Saidina Ali x jadi kawin lain (ramai yang mempertkaikan benda nie. Tapi memang betul jadi.)

Beratnya poligami nie sampaikan segala apa yang isteri pertama dapat, isteri2 yang lain jugak berhak dapat. Macam tu lah sebaliknya. Kalau mana2 isteri tak redha atau berasa diperlakukan tidak adil, hah menjawab la suami tu nanti kat akhirat.

Satu benda baru yang aku dapat pasai poligami ney, aku baru tau yang poligami nie bukan lah sunnah! Ya, bukan sunnah ya kawan2. Aku terbaca dalam satu buku yang menerangkan, membincangkan dan berdebat mengenai isu poligami nie. Dan kebanyakan ulama’ sepakat mengatakan bahawa poligami itu bukan sunnah, hanya harus, sebab tak semua yang nabi Muhammad s.a.w buat itu sunnah. Nabi kita sendiri pun monogamy dulu sebelum dia berpoligami. Nabi kawin dengan Siti Khadijah, kalau x silap aku selama 25 tahun *betulkan aku kalau aku silap*. Lepas tu baru Nabi berpoligami. Itu pun atas sebab musabab yang kukuh. Bukan hanya kerna nafsu!

Dan kalau masih ada yang menganggap poligami itu masih lagi sunnah, dan kalau sungguh pun semua apa yang nabi lakukan itu sunnah, kenapa bercerai itu tidak dikatakan sebagai sunnah? Sedangkan nabi juga pernah menceraikan isteri baginda.

Ok aku tak mau explain panjang lebar mengenai benda nie. Kang tersilap taip, nati orang kata aku memandai2 dan sebar ajaran sesat pulak. Aku masih lagi dangkal bab agama, bab hukum.

Konklusinya, buat bakal imam aku, andai kata satu hari nanti anda benar2 nak kawin lagi 1, pesan aku ukur lah tahap keimanan anda, ukurlah tahap keadilan anda dan ukurlah kemampuan anda. Andai aku punya salah dan silap, nasihatlah aku, tegurlah aku. Tapi lelaki yang hebat adalah lelaki yang setia dengan isterinya yang 1. Kerna mereka tahu, poligami sangat menyakitkan hati isteri mereka. Dan lelaki yang beriman adalah lelaki yang menjaga hati isteri nya. =)

p/s: info mengenai poligami banyak aku dapat dari novel karya Fatimah Syarha. Bukan novel biasa. Tapi novel yang sangat hebat. Bacalah. Moga kita sama2 mendapat ilmu baru. Insya Allah.

Bergurau, bukan mengutuk,




Kadang-kadang,
Bila kita bercakap,
Tanpa sedar kita sakitkan hati kawan kita,
Kita bergurau, tapi kita ingat kawan kita boleh terima gurauan kita tu,
Mungkin masa tu dia tengah ada masalah,
Atau kita gelakkan kekurangan dia,
Kita kutuk kaw-kaw kelemahan dia,
Kita cakap lepas,
*sebab lidah tak bertulang
Kawan kita terasa hati,
Tapi kita degil,
Kata kita “kalau bergurau sikit pun tak boleh, susah lah. Kawan apa sampai nak bergurau pun tak boleh.”
Kita anggap kita masih lagi betul,
Memang,
Berkawan, tapi tak begurau, memang x seronok,
Tapi berpada lah,
Tak semua orang boleh terima gurauan kita,
Kalau hari nie dia boleh terima, tak semestinya esok-esok dia boleh terima,
Mula-mula kawan terasa hati,
Sebab tak tahan, Lama-lama dia bawak hati,
Jauh dari kita,
Siapa yang rugi,
Kita jugak,

Bergurau, bukan mengutuk,
Aku bercakap, untuk diri aku sendiri jugak,
Sebab terkadang aku sendiri cakap lepas,
Mulut laser,
Aku banyak sakitkan hati kawan-kawan aku,
Degil nya aku, Masya Allah, tak semua boleh tahan,
Kalau silap aku pun, susah sangat aku nak mengaku,
Aku mula dulu, bila kawan-kawan aku terasa hati dengan aku, aku buat derk,
Bagi aku, lantak kat diorang lah, aku ramai lagi kawan,
Bila dah selalu sendirian, baru aku sedar banyak nya salah aku kat kawan-kawan aku,
Dan sekarang hati aku pulak yang selalu terasa,
Mungkin karma,
What goes around comes around, kan,
Aku mintak maaf buat sesapa yang pernah aku sakitkan hati,
Aku memang kuat bergurau,
Kuat mengutuk,
Percayalah, kadang-kadang itu Cuma gurauan,

Hargailah kawan anda,
Sebelum semua angkat kaki dari hidup anda,
Sebab hidup tanpa kawan,
Teramatlah sunyi,
Serius!
Sebab aku alaminya sekarang.


Wednesday, July 24, 2013

Terima kasih wahai prompak!


Assallammualaikum w.bt


2 minggu lepas, rumah aku kena pecah masuk. Dan aku sorang2 kat rumah. Housemate balik kampung.

Pukul 4 pagi tepat, aku tersedar bila tetiba alarm keta bunyi. Aku bajet, orang nak curik keta aku. Bangun tidur, cari kunci keta, tak jumpa. Ah. Lupakan semua tu. Aku keluar bilik. Saat aku keluar bilik, nah pintu rumah terkopak. Lampu luar si perompak tu tutup. Jantung aku saat tu dah macam jatuh kebumi da. Nauzubillah.


Aku keluar rumah. Alarm keta dok bunyi lagi. Aku panic sangat2. Dan tetiba, alarm tu senyap. Dan aku tau perompak tu ada dekat2 situ. Kalau ikut darah pahlawan aku, nak jer aku tempik. Tapi bila fikir balik darah pahlawan aku nie hanya bertahan 5 minit jer, aku masuk dalam rumah balik.


Takut! Aku takut sangat2. Aku masuk bilik, nak cari henset, Ya Allah baru perasan tingkap bilik aku pun dah terkopak. Henset aku, kunci keta aku, beg duit aku suma perompak tu amek. Perasaan aku masa tu, hanya Allah jer yang tau. Aku menangis sendirian kat sofa rumah aku. Nak keluar ke balai polis, kunci kereta tak ada. Nak call, henset hilang. Aku betul2 hilang punca. Takut pun ada mana tau kot2 perompak tu patah balik nanti.


Dan nasib baik aku teringat henset nokia-zaman-kuno aku ada lagi. Cari lah henset tu dan Alhamdulillah aku jumpa. Sim kad? Aduh. Dan sekali lagi Allah tolong aku. Sim kad celcom aku boleh guna lagi. Ada lah baki 5 kupang. Aku call ayah aku terus. Menangis2 call ayah. Ayah aku lah yang call polis. Nak harap aku, menangis jer yang aku tau. Dasar perempuan. Ceit.


Kata mereka, ‘mustahil hang tak sedar. Dia tarik barang2 tu tepat atas kepala hang’. Aku hanya geleng kepala. Sungguh. Aku langsung tak sedar! Kalau sebelum nie bunyi sikit pun aku da terjaga. Kali ini apa ntah jadi kat aku. Boleh pulak malam tu, aku tidoq mati. Langsung tak sedar bila masa perompak tu bukak tingkap bilik aku. Tarik barang2 dalam bilik aku. *apalah gaya aku tengah tidur waktu tu. Aduh. Malu nya!


Nasib baik jugak lah malam tu aku terasa nak kunci pintu bilik aku. Kalau ikut kan sebelum nie jarang aku nak kunci pintu bilik. Malam tu aku dah tertidur. Tapi entah kenapa tetiba aku tersentap dan macam terdengar orang suruh aku kunci bilik. Dan dalam separuh sedar tu aku pun bangun kunci pintu bilik. Ya Allah, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak kunci pintu bilik malam tu, ntah apa dah jadi dekat aku. Betapa Allah jaga hambanya ini. Aku bersyukur sangat2. Alhamdulillah Ya allah.


Lepas kejadian tu, aku automatik jadi paranoid. Sebelum tidur, aku akan check seribu kali kunci rumah aku. Lampu rumah aku 24/7 terpasang. Waktu aku tidoq, ada bunyi sikit pun aku akan terjaga dan check 1 rumah. Kereta aku, tak berani tinggai sembarangan. Sentiasa lock steering walau singgah kedai kejap ja. Takut tu, ada sampai sekarang.


Terima kasih lah buat perompak sebab ajar aku jadi lebih penakut. Kalau selama nie aku dok berangan ja konon2 diri nie kuat sangat. Akhirnya dah terbukti penakut tu memang ada dalam diri. Kalau selama nie aku dok anggap, I’m ok without a man, but now I need it. Ok off record! LoL.


Terima kasih jugak buat perompak sebab amek duit aku, walau tak banyak. Tapi time hujung bulan, yang tak banyak tu la rasa banyak sangat2. Aku bukan orang kaya woii. Henset aku pun. Walau henset free, tapi aku sayang henset aku tu. Sekarang aku lost terus dengan dunia internet. Terima kasih lah perompak sebab ajar aku untuk bergantung harap pada kawan yang nyata berbanding kawan maya. Baru aku sedar aku ada ramai kawan maya dari kawan nyata. Pathetic! pff


Untuk perompak, aku tak redha apa yang hang rompak dari aku. Hang rompak semangat aku. Hang rompak keberanian aku. Hang rompak barang2 aku. Hang buat aku hidup dalam ketakutan. Hang tarik nikmat tidur lena aku. Aku tak redha semua tu. Tuntut lah nanti kat akhirat. Selagi mana hang dok merompak, aku x halalkan semua tu. Dan mana tau nanti-nanti hang da insaf, baru aku maafkan.


Ya. Kadang-kadang aku sangat pendendam.


p/s: kata ayah, nasib baik aku tak sedar masa perompak tu tarik barang2 aku. Kalau tak, confirm aku lawan. Oh, ayah aku kenal aku sangat2!