Assallammualaikum w.bt
2 minggu lepas, rumah aku kena pecah masuk. Dan aku sorang2 kat rumah. Housemate balik kampung.
Pukul 4 pagi tepat, aku tersedar bila tetiba alarm keta bunyi. Aku bajet, orang nak curik keta aku. Bangun tidur, cari kunci keta, tak jumpa. Ah. Lupakan semua tu. Aku keluar bilik. Saat aku keluar bilik, nah pintu rumah terkopak. Lampu luar si perompak tu tutup. Jantung aku saat tu dah macam jatuh kebumi da. Nauzubillah.
Aku keluar rumah. Alarm keta dok bunyi lagi. Aku panic sangat2. Dan tetiba, alarm tu senyap. Dan aku tau perompak tu ada dekat2 situ. Kalau ikut darah pahlawan aku, nak jer aku tempik. Tapi bila fikir balik darah pahlawan aku nie hanya bertahan 5 minit jer, aku masuk dalam rumah balik.
Takut! Aku takut sangat2. Aku masuk bilik, nak cari henset, Ya Allah baru perasan tingkap bilik aku pun dah terkopak. Henset aku, kunci keta aku, beg duit aku suma perompak tu amek. Perasaan aku masa tu, hanya Allah jer yang tau. Aku menangis sendirian kat sofa rumah aku. Nak keluar ke balai polis, kunci kereta tak ada. Nak call, henset hilang. Aku betul2 hilang punca. Takut pun ada mana tau kot2 perompak tu patah balik nanti.
Dan nasib baik aku teringat henset
Kata mereka, ‘mustahil hang tak sedar. Dia tarik barang2 tu tepat atas kepala hang’. Aku hanya geleng kepala. Sungguh. Aku langsung tak sedar! Kalau sebelum nie bunyi sikit pun aku da terjaga. Kali ini apa ntah jadi kat aku. Boleh pulak malam tu, aku tidoq mati. Langsung tak sedar bila masa perompak tu bukak tingkap bilik aku. Tarik barang2 dalam bilik aku. *apalah gaya aku tengah tidur waktu tu. Aduh. Malu nya!
Nasib baik jugak lah malam tu aku terasa nak kunci pintu bilik aku. Kalau ikut kan sebelum nie jarang aku nak kunci pintu bilik. Malam tu aku dah tertidur. Tapi entah kenapa tetiba aku tersentap dan macam terdengar orang suruh aku kunci bilik. Dan dalam separuh sedar tu aku pun bangun kunci pintu bilik. Ya Allah, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak kunci pintu bilik malam tu, ntah apa dah jadi dekat aku. Betapa Allah jaga hambanya ini. Aku bersyukur sangat2. Alhamdulillah Ya allah.
Lepas kejadian tu, aku automatik jadi paranoid. Sebelum tidur, aku akan check seribu kali kunci rumah aku. Lampu rumah aku 24/7 terpasang. Waktu aku tidoq, ada bunyi sikit pun aku akan terjaga dan check 1 rumah. Kereta aku, tak berani tinggai sembarangan. Sentiasa lock steering walau singgah kedai kejap ja. Takut tu, ada sampai sekarang.
Terima kasih lah buat perompak sebab ajar aku jadi lebih penakut. Kalau selama nie aku dok berangan ja konon2 diri nie kuat sangat. Akhirnya dah terbukti penakut tu memang ada dalam diri. Kalau selama nie aku dok anggap, I’m ok without a man, but now I need it. Ok off record! LoL.
Terima kasih jugak buat perompak sebab amek duit aku, walau tak banyak. Tapi time hujung bulan, yang tak banyak tu la rasa banyak sangat2. Aku bukan orang kaya woii. Henset aku pun. Walau henset free, tapi aku sayang henset aku tu. Sekarang aku lost terus dengan dunia internet. Terima kasih lah perompak sebab ajar aku untuk bergantung harap pada kawan yang nyata berbanding kawan maya. Baru aku sedar aku ada ramai kawan maya dari kawan nyata. Pathetic! pff
Untuk perompak, aku tak redha apa yang hang rompak dari aku. Hang rompak semangat aku. Hang rompak keberanian aku. Hang rompak barang2 aku. Hang buat aku hidup dalam ketakutan. Hang tarik nikmat tidur lena aku. Aku tak redha semua tu. Tuntut lah nanti kat akhirat. Selagi mana hang dok merompak, aku x halalkan semua tu. Dan mana tau nanti-nanti hang da insaf, baru aku maafkan.
Ya. Kadang-kadang aku sangat pendendam.
p/s: kata ayah, nasib baik aku tak sedar masa perompak tu tarik barang2 aku. Kalau tak, confirm aku lawan. Oh, ayah aku kenal aku sangat2!
No comments:
Post a Comment