Pages

Tuesday, July 23, 2013

Anak kecil mati atas kecuaian si ibu


Assalammualaikum w.bt 


Merujuk kepada kes yang baru terjadi baru2 ini. “Anak kecil mati atas kecuaian si ibu.” Maka banyak lah hakim tanpa tauliah muncul. Pendakwaraya plak tak henti2 menuduh si ibu itu dengan bermacam tuduhan.

“ Emak tak dak otak. Bunuh anak sendiri”
“Apa punya emak nie. Tak layak jadi emak. Boleh plak tinggai anak dalam keta. Dah la panas. Otak letak kat mana”
“Eii tak sayang anak ke?”

Bila si ibu mempertahankan diri mengatakan dia terlupa bahawa anak kecil nya itu ada di dalam kereta, tuduhan ke atas nya makin teruk.

“ Lupa? Lupa ke yang kau tu emak?”
“ Jadi emak mana boleh lupa.”
“Ah, yea la tu. Anak sendiri pun boleh lupa ke? Teruk punya emak.”

 Dan bermacam lagi lah tohmahan, umpatan, kejian yang orang kata kat si ibu tersebut. Ibu mana yang tak sayangkan anak dia. Aku yakin orang yang buang anak dia tu pun sayang kat anak dia sikit-sikit. Cuma dia lebihsayangkan diri sendiri lagi, dan punya otak singkat!

Bagi “hakim-hakim” dan “pendakwaraya” ini, dia bersalah 100%. Tiada kompromi. Hukuman mandatory dah di jatuhkan. Tak perlu ke mahkamah lagi. Masyarakat dah jatuhkan hukuman paling “setimpal” buatnya. Tak perlu alasan lagi. Padan muka dia!

Sedih! Masyarakat masih di tampuk lama. Mudah menghakimi. Mudah menjatuhkan hukuman. Serius! Aku kesian dekat si ibu tu. Dia baru kehilangan anak nya tersayang. Ya! Dia memang cuai. Bak kata Fynn Jamal, kita semua punya sikap cuai. Dan si ibu CUAI, bukan ABAI.

*Sedangkan kita kadang-kadang terlupa di mana letak nya henfon kita.

Kesian lah dekat si ibu tu. Si ibu pasti menanggung beban yang teramat hebat. Di bulan yang mulia ini Allah menguji nya dengan ujian yang sangat berat. Belum reda dengan pemergian anak yang tak direlakan, masyarakat pulak menambah derita dia. Tak perlu lah nak menambah perisa derita untuk si ibu tu.

Cukup lah kita berdoa untuk anak nya. Berdoa semoga kes-kes macam nie x berulang lagi. Mana tau, hari nie kita dok kutuk-kutuk, maki-maki si ibu tu sebab kecuaian dia. Nanti-nanti, bila kena kat batang hidung sendiri, baru menggelabah nak defend diri. Baru tau erti sakitnya tanggung derita sendirian.

Buang lah sikap mudah menghakimi yang sekian lama bersarang dalam hati kita tu. Tak salah kalau berfikir walau sejenak. Sebelum menaip kata-kata, fikir dulu. Letak diri sendiri dalam situasi orang tersebut. Bukan berdosa untuk bersangka baik. Pahala tu suma.

Sekian.


p/s : kalau aku jumpa si ibu itu, akan ku peluk dan berkata ‘sabarlah kak. Allah lebih sayangkan anak akak. Apa yang terjadi punya hikmah. Kuat lah akak.’

5 comments:

Unknown said...

beb, ada nmpk henpon wa x????

Cik As said...

epic jahatt.....T_T

Unknown said...

heheheheehe......... gurau je beb.... da tukar public phone x?? lg selamat pki... xde org nak rompak

Unknown said...

heheheheehe......... gurau je beb.... da tukar public phone x?? lg selamat pki... xde org nak rompak

Cik As said...

hahaha...hampeh tol laa...skrang guna phone ofis jer..jimat bajet...kahkahkah