Heboh satu Malaysia bila kes Ashraf Muslim kawin kat Thailand
tersebar. Wujud lah ‘Persatuan Membela
Nasib Isteri Petama Ashraf Muslim’. Macam2 kata di lemparkan. Jujur aku katakan,
aku sebagai perempuan turut bersimpati kat Dayana. Kesian. Suami yang sangat di
sayangi punya orang lain. Dalam tak merelakan, akhirnya sudah bermadu.
Tapi yang paling aku hairan sekali, banyak pulak orang yang lebih
sudu dari kuah. Yang bekahwin, yang bermadu orang lain, tapi kita pulak yang
lebih2. Ya, memang Ashraf Muslim salah sebab kawin tanpa izin isteri pertama
nya. Tapi harus di ingat, dalam Islam, kalau lelaki nak kawin lain, x perlu
mintak izin isteri pertama. Hanya di Malaysia sahaja yang tetap kan peraturan
macam tu. Tapi hak sebagai isteri adalah boleh minta di lepaskan kalau tak
sanggup bermadu.
Ashraf Muslim kawin 1 lagi, x salah. Yang salah, dia kawin senyap2,
kat Thailand, tipu isteri dia, tipu keluarga mentua. Mungkin dia ada sebab yang
tersendiri. Dia mintak izin dari isteri, isteri x bagi, lagi pun ya lah,
majority isteri takkan bagi punya suami diorang kawin lagi satu. So dia amek
short cut iaitu kawin kat Thailand. Abes cerita. Kalau benar dia mencontohi
Nabi Muhammad, dia takkan buat macam tu. Sebab nabi tak pernah kawin senyap2.
Semua nya atas izin isteri2 baginda.
Kalau aku da kawin nanti, mana lah tau laki aku galak menggatal nak
tambah cawangan, Insya Allah aku baling pinggan mangkuk tepat di kepalanya
izinkan. Sapa yang kenai aku dari zaman sekolah, zaman politeknik, sampai la
sekarang tau la sebab aku ada cakap macam tu. Diorang warning aku, jangan cakap
macam tu, nanti jadi betul2. Aku diam. Aku tau. Kadang2 sebelum jadi boleh la
cakap macam2. Eksyen!
Bagi aku, kena tipu lagi perit. Kita tentang kehendak lelaki nak
berkahwin lagi. Kita rebel. Last2, laki kita kawin kat Thailand. Apa boleh
buat. Tetap jugak sah di sisi agama. Lagi bertambah sakit di hati. Kadang2
manusia hanya mampu merancang, aturan Allah jugak yang terbaik.
Ya aku tau mana ada perempuan yang sanggup hidup bermadu. Sedangkan
Aisyah isteri nabi pun tak sanggup bermadu. Inikan kita yang hanya manusia
biasa. Aku sendiri kuat cemburu. Tapi percayalah. Lelaki bila nak, tapi di
tahan2, cepat atau lambat last2 akan pasang cawangan lain jugak.
Lelaki WAJIB taw yang poligami tu bukan hanya adil dari segi giliran. Lebih dari
itu. Bila Saidina Ali r.a nak kawin lagi satu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri
larang. Sebab nabi tau Fatimah masih lagi perempuan biasa. Yang punya rasa
cemburu. Nabi pesan, kalau saidina Ali nak kawin lagi satu, dia minta
dilepaskan Fatimah. End up Saidina Ali x jadi kawin lain (ramai yang
mempertkaikan benda nie. Tapi memang betul jadi.)
Beratnya poligami nie sampaikan segala apa yang isteri pertama
dapat, isteri2 yang lain jugak berhak dapat. Macam tu lah sebaliknya. Kalau
mana2 isteri tak redha atau berasa diperlakukan tidak adil, hah menjawab la
suami tu nanti kat akhirat.
Satu benda baru yang aku dapat pasai poligami ney, aku baru tau yang
poligami nie bukan lah sunnah! Ya, bukan sunnah ya kawan2. Aku terbaca dalam satu
buku yang menerangkan, membincangkan dan berdebat mengenai isu poligami nie.
Dan kebanyakan ulama’ sepakat mengatakan bahawa poligami itu bukan sunnah,
hanya harus, sebab tak semua yang nabi Muhammad s.a.w buat itu sunnah. Nabi
kita sendiri pun monogamy dulu sebelum dia berpoligami. Nabi kawin dengan Siti
Khadijah, kalau x silap aku selama 25 tahun *betulkan aku kalau aku silap*.
Lepas tu baru Nabi berpoligami. Itu pun atas sebab musabab yang kukuh. Bukan
hanya kerna nafsu!
Dan kalau masih ada yang menganggap poligami itu masih lagi sunnah,
dan kalau sungguh pun semua apa yang nabi lakukan itu sunnah, kenapa bercerai
itu tidak dikatakan sebagai sunnah? Sedangkan nabi juga pernah menceraikan
isteri baginda.
Ok aku tak mau explain panjang lebar mengenai benda nie. Kang
tersilap taip, nati orang kata aku memandai2 dan sebar ajaran sesat pulak. Aku
masih lagi dangkal bab agama, bab hukum.
Konklusinya, buat bakal imam aku, andai kata satu hari nanti anda
benar2 nak kawin lagi 1, pesan aku ukur lah tahap keimanan anda, ukurlah tahap
keadilan anda dan ukurlah kemampuan anda. Andai aku punya salah dan silap,
nasihatlah aku, tegurlah aku. Tapi lelaki yang hebat adalah lelaki yang setia
dengan isterinya yang 1. Kerna mereka tahu, poligami sangat menyakitkan hati
isteri mereka. Dan lelaki yang beriman adalah lelaki yang menjaga hati isteri
nya. =)
p/s: info mengenai poligami banyak aku dapat dari novel karya
Fatimah Syarha. Bukan novel biasa. Tapi novel yang sangat hebat. Bacalah. Moga
kita sama2 mendapat ilmu baru. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment