Pages

Wednesday, January 19, 2011

adab memberi salam....



Dalam Hadis Hurairah r.a berkata, Rasullulah SAW pernah bersabda:

1. Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki

2.Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk

3. Orang yang sedikit kenalah memberi salam kepada orang byang berkumpulan ataupun orang yang ramai

4.Disunatkan memberi salam dengan diulangi lebih dari sekalinjika orangnya banyak, supaya semua dapat mendengarinya

5. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan meninggalkannya

6. Makruh mengucapkan ‘alaikas salam, kerana ucapan itu untuk orang yang telah meninggal

7. Apabila dua orang sahabat berjumpa, cukuplah dengan bersalaman dan mengucapkan salam tanpa berpelukan kecuali bagi orang yang baru pulang dari perantauan

sumber ini as dapar daripada :-

http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/11/25/adab-memberi-salam/


Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Lima perkara yang wajib bagi seorang muslim ke atas saudaranya, menjawab salam, mendo’akan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantarkan jenazah.” (HR Muslim).

TINGKATAN SALAM

Salam memiliki 3 tingkatan, tingkatan yang paling tinggi, paling sempurna dan paling utama adalah ‘Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh’, kemudian yang lebih rendah daripadanya ucapan ‘assalamu’alaikum warohmatullah’ dan terakhir yang paling rendah adalah ‘assalamu’alaikum’. Seseorang yang mengucapkan salam (Musallim), boleh jadi mendapatkan ganjaran yang sempurna dan boleh jadi mendapatkan ganjaran di bawahnya, sesuai dengan salam yang dia ucapkan.” Hal ini sesuai dengan kisah tentang seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan saat itu Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya sedang duduk-duduk, berkata lelaki tadi, “Assalamu’alaikum”, maka Nabi menjawab, “wa’alaikumus salam, sepuluh atasmu”, kemudian masuk lelaki lain dan berkata, “Assalamu’alaikum warohmatullah”, Rasulullah menjawab, “Wa’alaikumus Salam warohmatullah, dua puluh atasmu”. Tidak lama kemudian datang lagi seorang lelaki sambil mengucapkan “Assalamu’alaikum warohmaatullahi wabarokatuh”, maka jawab Rasulullah, “Wa’alaikumus Salam warohmatullahi wabarokatuh, tiga puluh atasmu”. (HR Abu Dawud dan Turmudzi), yang dimaksudkan adalah sepuluh, dua puluh dan tiga puluh kebaikan.

sumber ini pulak as dapat dari :-

http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/26/adad-adab-memberi-salam/

yang kat atas tu bukan as yang tulis. as just copy paste ja. ilmu agama as ak cukup lagi untuk membicarakan soal2 cam nie. jadi as google la untuk kepastian, dan kongsi di sini. sharing is caring kan? hehe.

as cukup tak suka kalau orang call as, terus terjah tak bagi salam. rasa macam tak hormat pown ada. tpi as kena akui la kadang2 as pown khilaf gak terlupa bgi salam. tu jadi bila as kalut2 la. tapi kebanyakannya as akan bagi salam. orang nak jawab atau tak, terpulang la.

selalu as dengar kalau orang call ja, akan cakap "yo" "wazzup" "hello" dan macam2 lagi. apa salahnya kalau kita mulaka perbicaraan kita tu dengan "ASSALAMMUALAIKUM". bukan susah sangat pown. senang ja. bahkan dapat berkat lagi. kita doakan kesejahteraan orang, orag akan doakan kesejahteraan kita.

lagi satu kalau time pergi rumah orang. bagi lah salam. kalau tak silap as, adap nya kena bagi salam 3 kali. kalau tak di jawab,maknanya tuan rumah tu tak ada la. cam nie kowt. as pown tak pasti. tapi sekarang kan orang da buat pagar besar2. rumah jauh ke dalam, nak bagi salam pown cm dengar. tekan loceng jer. ok. bila da teka loceng, n tuan rumah tu keluar, kita bagi la salam. itu kan namanya adap.

kalau dekat facebook, tetiba ada yang anta mesej or nak chat dengan as tak bagi salam, as tak berapa layan la. tolong la bagi salam. at least as akan rasa senang hati sikit nak balas. tpi apa pown, as bukanlah jenis melayan sangat. ntah la. da makin kurang melayan. tak suka sangat chat2 nie. dengan sesetengah orang ja as layan.

eh. da lari topik lak. hehe. apa2 pown, sebagai seorang muslim, yang tahu keberkatan memberi salam, tak salah kan kita bagi salam. buang la skap suka dok ber "yo yo yo". nak "yo yo yo" pown mulakan lah dulu dengan salam. tak pown tak payah dok dok mula cakap macam tu. tak manis. kalau nak kata as kolot pown kata la. as tak kisah. janji as rasa betul denga apa yang as rasa. huhu. ok yea?

k lah. sampai di sini aja lah perkongsian as. apa yang baik tu datangnya dari ALLAH, dan yang kurang tu dari diri as sendiri. as harap apa yang as tulis nie, dapat la sedikit perkongsian bersama. wassalam

p/s: assalammualaikum semua...=)


2 comments:

Ayu said...

Assalamualaikum sygku wani... =)

Cik As said...

waalaikummusalam cayunkku ayu...=)