Pages

Tuesday, January 4, 2011

ini bukan original mine..amek dari blog orang....hehe..=)


*tengok2. jujur tak as. cilok kat blog orang lain pown as gtaw. as mintak izin dlu k. (padahal da amek baru mintak izin.hehe. jahat2!)*

besh lak info nie bila as baca kat BLOG eSEMPOI.COM. lawak pown lawak. tapi penuh informasi. so kalau korang nak taw amenda, sila baca sampai habis k. hehe....=)

Ini adalah fakta pelik tapi menarik yang berlaku di seluruh dunia…mari kita hayatinya….

Fakta 1..Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus @ Fauziah Gous berasa bangga sekejap…hahahuhuhhihhi…

Fakta 2..Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.Bak kata orang..’lu boleh GO TO HELL lah..’

Fakta 3..Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

Fakta 4..Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi….hihihi……..

Fakta 5..Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

Fakta 6..Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

Fakta 7..Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

Fakta 8..Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

Fakta 9..Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

Fakta 10..Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

Fakta 11..Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

Fakta 12..Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

Fakta 13..Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

Fakta 14..Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm,badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia,kuda tidur secara berdiri,obor-obor mengandungi lenih 95% air,dan kanggaru boleh melompat sejauh 9m sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai topang.

Fakta 15..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia.

Fakta 16..Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah manakala jika seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas…hmmmmmhhh….


p/s: ha besh tak???as saje jer nak kongsi. benda baik elok di kongsi kan. suami jer tak besh kalau di kongsi...agaga...

No comments: