Pages

Wednesday, July 31, 2013

kawan....

diam..
diam...
dan terus berdiam..
kalau salah aku, katakan apa yang salah..
kalau silap aku, tegur aku..
kalau benar aku menyakitkan hati, maafkan aku..
tapi jangan berdiam,
dan menghakimi aku..
aku hanya insan biasa..
yang sentiasa melakukan kesalahan yang sama berulang..
aku tahu aku salah..
tapi, apa yang salah?
beritahu lah aku, kawan..
jangan hanya berdiam..
kerna, itu sangatlah menyakitkan hati aku..
menyakitkan hati kawan aku,
bukan lah matlamat hidup aku..
aku suka berkawan..
akhir kata, andai aku punya salah dan silap, maafkan lah aku setulus hati mu..
andai aku terlepas kata, ku mohon maaf..
andai aku menyakitimu tanpa aku sedari, maafkan lah aku..
kawan...

Thursday, July 25, 2013

Poligami dan Ashraf Muslim.





Heboh satu Malaysia bila kes Ashraf Muslim kawin kat Thailand tersebar. Wujud lah ‘Persatuan Membela Nasib Isteri Petama Ashraf Muslim’. Macam2 kata di lemparkan. Jujur aku katakan, aku sebagai perempuan turut bersimpati kat Dayana. Kesian. Suami yang sangat di sayangi punya orang lain. Dalam tak merelakan, akhirnya sudah bermadu.

Tapi yang paling aku hairan sekali, banyak pulak orang yang lebih sudu dari kuah. Yang bekahwin, yang bermadu orang lain, tapi kita pulak yang lebih2. Ya, memang Ashraf Muslim salah sebab kawin tanpa izin isteri pertama nya. Tapi harus di ingat, dalam Islam, kalau lelaki nak kawin lain, x perlu mintak izin isteri pertama. Hanya di Malaysia sahaja yang tetap kan peraturan macam tu. Tapi hak sebagai isteri adalah boleh minta di lepaskan kalau tak sanggup bermadu.

Ashraf Muslim kawin 1 lagi, x salah. Yang salah, dia kawin senyap2, kat Thailand, tipu isteri dia, tipu keluarga mentua. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Dia mintak izin dari isteri, isteri x bagi, lagi pun ya lah, majority isteri takkan bagi punya suami diorang kawin lagi satu. So dia amek short cut iaitu kawin kat Thailand. Abes cerita. Kalau benar dia mencontohi Nabi Muhammad, dia takkan buat macam tu. Sebab nabi tak pernah kawin senyap2. Semua nya atas izin isteri2 baginda.

Kalau aku da kawin nanti, mana lah tau laki aku galak menggatal nak tambah cawangan, Insya Allah aku baling pinggan mangkuk tepat di kepalanya izinkan. Sapa yang kenai aku dari zaman sekolah, zaman politeknik, sampai la sekarang tau la sebab aku ada cakap macam tu. Diorang warning aku, jangan cakap macam tu, nanti jadi betul2. Aku diam. Aku tau. Kadang2 sebelum jadi boleh la cakap macam2. Eksyen!

Bagi aku, kena tipu lagi perit. Kita tentang kehendak lelaki nak berkahwin lagi. Kita rebel. Last2, laki kita kawin kat Thailand. Apa boleh buat. Tetap jugak sah di sisi agama. Lagi bertambah sakit di hati. Kadang2 manusia hanya mampu merancang, aturan Allah jugak yang terbaik.

Ya aku tau mana ada perempuan yang sanggup hidup bermadu. Sedangkan Aisyah isteri nabi pun tak sanggup bermadu. Inikan kita yang hanya manusia biasa. Aku sendiri kuat cemburu. Tapi percayalah. Lelaki bila nak, tapi di tahan2, cepat atau lambat last2 akan pasang cawangan lain jugak.

Lelaki WAJIB taw yang poligami tu bukan hanya adil dari segi giliran. Lebih dari itu. Bila Saidina Ali r.a nak kawin lagi satu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri larang. Sebab nabi tau Fatimah masih lagi perempuan biasa. Yang punya rasa cemburu. Nabi pesan, kalau saidina Ali nak kawin lagi satu, dia minta dilepaskan Fatimah. End up Saidina Ali x jadi kawin lain (ramai yang mempertkaikan benda nie. Tapi memang betul jadi.)

Beratnya poligami nie sampaikan segala apa yang isteri pertama dapat, isteri2 yang lain jugak berhak dapat. Macam tu lah sebaliknya. Kalau mana2 isteri tak redha atau berasa diperlakukan tidak adil, hah menjawab la suami tu nanti kat akhirat.

Satu benda baru yang aku dapat pasai poligami ney, aku baru tau yang poligami nie bukan lah sunnah! Ya, bukan sunnah ya kawan2. Aku terbaca dalam satu buku yang menerangkan, membincangkan dan berdebat mengenai isu poligami nie. Dan kebanyakan ulama’ sepakat mengatakan bahawa poligami itu bukan sunnah, hanya harus, sebab tak semua yang nabi Muhammad s.a.w buat itu sunnah. Nabi kita sendiri pun monogamy dulu sebelum dia berpoligami. Nabi kawin dengan Siti Khadijah, kalau x silap aku selama 25 tahun *betulkan aku kalau aku silap*. Lepas tu baru Nabi berpoligami. Itu pun atas sebab musabab yang kukuh. Bukan hanya kerna nafsu!

Dan kalau masih ada yang menganggap poligami itu masih lagi sunnah, dan kalau sungguh pun semua apa yang nabi lakukan itu sunnah, kenapa bercerai itu tidak dikatakan sebagai sunnah? Sedangkan nabi juga pernah menceraikan isteri baginda.

Ok aku tak mau explain panjang lebar mengenai benda nie. Kang tersilap taip, nati orang kata aku memandai2 dan sebar ajaran sesat pulak. Aku masih lagi dangkal bab agama, bab hukum.

Konklusinya, buat bakal imam aku, andai kata satu hari nanti anda benar2 nak kawin lagi 1, pesan aku ukur lah tahap keimanan anda, ukurlah tahap keadilan anda dan ukurlah kemampuan anda. Andai aku punya salah dan silap, nasihatlah aku, tegurlah aku. Tapi lelaki yang hebat adalah lelaki yang setia dengan isterinya yang 1. Kerna mereka tahu, poligami sangat menyakitkan hati isteri mereka. Dan lelaki yang beriman adalah lelaki yang menjaga hati isteri nya. =)

p/s: info mengenai poligami banyak aku dapat dari novel karya Fatimah Syarha. Bukan novel biasa. Tapi novel yang sangat hebat. Bacalah. Moga kita sama2 mendapat ilmu baru. Insya Allah.

Bergurau, bukan mengutuk,




Kadang-kadang,
Bila kita bercakap,
Tanpa sedar kita sakitkan hati kawan kita,
Kita bergurau, tapi kita ingat kawan kita boleh terima gurauan kita tu,
Mungkin masa tu dia tengah ada masalah,
Atau kita gelakkan kekurangan dia,
Kita kutuk kaw-kaw kelemahan dia,
Kita cakap lepas,
*sebab lidah tak bertulang
Kawan kita terasa hati,
Tapi kita degil,
Kata kita “kalau bergurau sikit pun tak boleh, susah lah. Kawan apa sampai nak bergurau pun tak boleh.”
Kita anggap kita masih lagi betul,
Memang,
Berkawan, tapi tak begurau, memang x seronok,
Tapi berpada lah,
Tak semua orang boleh terima gurauan kita,
Kalau hari nie dia boleh terima, tak semestinya esok-esok dia boleh terima,
Mula-mula kawan terasa hati,
Sebab tak tahan, Lama-lama dia bawak hati,
Jauh dari kita,
Siapa yang rugi,
Kita jugak,

Bergurau, bukan mengutuk,
Aku bercakap, untuk diri aku sendiri jugak,
Sebab terkadang aku sendiri cakap lepas,
Mulut laser,
Aku banyak sakitkan hati kawan-kawan aku,
Degil nya aku, Masya Allah, tak semua boleh tahan,
Kalau silap aku pun, susah sangat aku nak mengaku,
Aku mula dulu, bila kawan-kawan aku terasa hati dengan aku, aku buat derk,
Bagi aku, lantak kat diorang lah, aku ramai lagi kawan,
Bila dah selalu sendirian, baru aku sedar banyak nya salah aku kat kawan-kawan aku,
Dan sekarang hati aku pulak yang selalu terasa,
Mungkin karma,
What goes around comes around, kan,
Aku mintak maaf buat sesapa yang pernah aku sakitkan hati,
Aku memang kuat bergurau,
Kuat mengutuk,
Percayalah, kadang-kadang itu Cuma gurauan,

Hargailah kawan anda,
Sebelum semua angkat kaki dari hidup anda,
Sebab hidup tanpa kawan,
Teramatlah sunyi,
Serius!
Sebab aku alaminya sekarang.


Wednesday, July 24, 2013

Terima kasih wahai prompak!


Assallammualaikum w.bt


2 minggu lepas, rumah aku kena pecah masuk. Dan aku sorang2 kat rumah. Housemate balik kampung.

Pukul 4 pagi tepat, aku tersedar bila tetiba alarm keta bunyi. Aku bajet, orang nak curik keta aku. Bangun tidur, cari kunci keta, tak jumpa. Ah. Lupakan semua tu. Aku keluar bilik. Saat aku keluar bilik, nah pintu rumah terkopak. Lampu luar si perompak tu tutup. Jantung aku saat tu dah macam jatuh kebumi da. Nauzubillah.


Aku keluar rumah. Alarm keta dok bunyi lagi. Aku panic sangat2. Dan tetiba, alarm tu senyap. Dan aku tau perompak tu ada dekat2 situ. Kalau ikut darah pahlawan aku, nak jer aku tempik. Tapi bila fikir balik darah pahlawan aku nie hanya bertahan 5 minit jer, aku masuk dalam rumah balik.


Takut! Aku takut sangat2. Aku masuk bilik, nak cari henset, Ya Allah baru perasan tingkap bilik aku pun dah terkopak. Henset aku, kunci keta aku, beg duit aku suma perompak tu amek. Perasaan aku masa tu, hanya Allah jer yang tau. Aku menangis sendirian kat sofa rumah aku. Nak keluar ke balai polis, kunci kereta tak ada. Nak call, henset hilang. Aku betul2 hilang punca. Takut pun ada mana tau kot2 perompak tu patah balik nanti.


Dan nasib baik aku teringat henset nokia-zaman-kuno aku ada lagi. Cari lah henset tu dan Alhamdulillah aku jumpa. Sim kad? Aduh. Dan sekali lagi Allah tolong aku. Sim kad celcom aku boleh guna lagi. Ada lah baki 5 kupang. Aku call ayah aku terus. Menangis2 call ayah. Ayah aku lah yang call polis. Nak harap aku, menangis jer yang aku tau. Dasar perempuan. Ceit.


Kata mereka, ‘mustahil hang tak sedar. Dia tarik barang2 tu tepat atas kepala hang’. Aku hanya geleng kepala. Sungguh. Aku langsung tak sedar! Kalau sebelum nie bunyi sikit pun aku da terjaga. Kali ini apa ntah jadi kat aku. Boleh pulak malam tu, aku tidoq mati. Langsung tak sedar bila masa perompak tu bukak tingkap bilik aku. Tarik barang2 dalam bilik aku. *apalah gaya aku tengah tidur waktu tu. Aduh. Malu nya!


Nasib baik jugak lah malam tu aku terasa nak kunci pintu bilik aku. Kalau ikut kan sebelum nie jarang aku nak kunci pintu bilik. Malam tu aku dah tertidur. Tapi entah kenapa tetiba aku tersentap dan macam terdengar orang suruh aku kunci bilik. Dan dalam separuh sedar tu aku pun bangun kunci pintu bilik. Ya Allah, tak dapat aku bayangkan kalau aku tak kunci pintu bilik malam tu, ntah apa dah jadi dekat aku. Betapa Allah jaga hambanya ini. Aku bersyukur sangat2. Alhamdulillah Ya allah.


Lepas kejadian tu, aku automatik jadi paranoid. Sebelum tidur, aku akan check seribu kali kunci rumah aku. Lampu rumah aku 24/7 terpasang. Waktu aku tidoq, ada bunyi sikit pun aku akan terjaga dan check 1 rumah. Kereta aku, tak berani tinggai sembarangan. Sentiasa lock steering walau singgah kedai kejap ja. Takut tu, ada sampai sekarang.


Terima kasih lah buat perompak sebab ajar aku jadi lebih penakut. Kalau selama nie aku dok berangan ja konon2 diri nie kuat sangat. Akhirnya dah terbukti penakut tu memang ada dalam diri. Kalau selama nie aku dok anggap, I’m ok without a man, but now I need it. Ok off record! LoL.


Terima kasih jugak buat perompak sebab amek duit aku, walau tak banyak. Tapi time hujung bulan, yang tak banyak tu la rasa banyak sangat2. Aku bukan orang kaya woii. Henset aku pun. Walau henset free, tapi aku sayang henset aku tu. Sekarang aku lost terus dengan dunia internet. Terima kasih lah perompak sebab ajar aku untuk bergantung harap pada kawan yang nyata berbanding kawan maya. Baru aku sedar aku ada ramai kawan maya dari kawan nyata. Pathetic! pff


Untuk perompak, aku tak redha apa yang hang rompak dari aku. Hang rompak semangat aku. Hang rompak keberanian aku. Hang rompak barang2 aku. Hang buat aku hidup dalam ketakutan. Hang tarik nikmat tidur lena aku. Aku tak redha semua tu. Tuntut lah nanti kat akhirat. Selagi mana hang dok merompak, aku x halalkan semua tu. Dan mana tau nanti-nanti hang da insaf, baru aku maafkan.


Ya. Kadang-kadang aku sangat pendendam.


p/s: kata ayah, nasib baik aku tak sedar masa perompak tu tarik barang2 aku. Kalau tak, confirm aku lawan. Oh, ayah aku kenal aku sangat2!

Tuesday, July 23, 2013

Anak kecil mati atas kecuaian si ibu


Assalammualaikum w.bt 


Merujuk kepada kes yang baru terjadi baru2 ini. “Anak kecil mati atas kecuaian si ibu.” Maka banyak lah hakim tanpa tauliah muncul. Pendakwaraya plak tak henti2 menuduh si ibu itu dengan bermacam tuduhan.

“ Emak tak dak otak. Bunuh anak sendiri”
“Apa punya emak nie. Tak layak jadi emak. Boleh plak tinggai anak dalam keta. Dah la panas. Otak letak kat mana”
“Eii tak sayang anak ke?”

Bila si ibu mempertahankan diri mengatakan dia terlupa bahawa anak kecil nya itu ada di dalam kereta, tuduhan ke atas nya makin teruk.

“ Lupa? Lupa ke yang kau tu emak?”
“ Jadi emak mana boleh lupa.”
“Ah, yea la tu. Anak sendiri pun boleh lupa ke? Teruk punya emak.”

 Dan bermacam lagi lah tohmahan, umpatan, kejian yang orang kata kat si ibu tersebut. Ibu mana yang tak sayangkan anak dia. Aku yakin orang yang buang anak dia tu pun sayang kat anak dia sikit-sikit. Cuma dia lebihsayangkan diri sendiri lagi, dan punya otak singkat!

Bagi “hakim-hakim” dan “pendakwaraya” ini, dia bersalah 100%. Tiada kompromi. Hukuman mandatory dah di jatuhkan. Tak perlu ke mahkamah lagi. Masyarakat dah jatuhkan hukuman paling “setimpal” buatnya. Tak perlu alasan lagi. Padan muka dia!

Sedih! Masyarakat masih di tampuk lama. Mudah menghakimi. Mudah menjatuhkan hukuman. Serius! Aku kesian dekat si ibu tu. Dia baru kehilangan anak nya tersayang. Ya! Dia memang cuai. Bak kata Fynn Jamal, kita semua punya sikap cuai. Dan si ibu CUAI, bukan ABAI.

*Sedangkan kita kadang-kadang terlupa di mana letak nya henfon kita.

Kesian lah dekat si ibu tu. Si ibu pasti menanggung beban yang teramat hebat. Di bulan yang mulia ini Allah menguji nya dengan ujian yang sangat berat. Belum reda dengan pemergian anak yang tak direlakan, masyarakat pulak menambah derita dia. Tak perlu lah nak menambah perisa derita untuk si ibu tu.

Cukup lah kita berdoa untuk anak nya. Berdoa semoga kes-kes macam nie x berulang lagi. Mana tau, hari nie kita dok kutuk-kutuk, maki-maki si ibu tu sebab kecuaian dia. Nanti-nanti, bila kena kat batang hidung sendiri, baru menggelabah nak defend diri. Baru tau erti sakitnya tanggung derita sendirian.

Buang lah sikap mudah menghakimi yang sekian lama bersarang dalam hati kita tu. Tak salah kalau berfikir walau sejenak. Sebelum menaip kata-kata, fikir dulu. Letak diri sendiri dalam situasi orang tersebut. Bukan berdosa untuk bersangka baik. Pahala tu suma.

Sekian.


p/s : kalau aku jumpa si ibu itu, akan ku peluk dan berkata ‘sabarlah kak. Allah lebih sayangkan anak akak. Apa yang terjadi punya hikmah. Kuat lah akak.’

Kembali lagi..


Assalammualaikum w.bt.

Entah kenapa. Semangat membuak2 untuk aku menaip datang balik. Selama nie, malas Ya Rabbi nak menulis. Kadang2 ilham datang mencurah2. Tapi, bila da di serang penyakit malas, semua tak mau buat.

Bila baca balik blog aku, aduh, kanak-kanak ribena nya aku. Macam kanak-kanak riang ria di hari raya pun ada jugak. Nampak benar sisi tak matang aku kat situ. Rasa macam nak delete. Tapi sayang pulak. Tengok lah macam mana. Kalau rasa nak delete, aku delete yang mana perlu saja lah.

Imej kakashi nie, rasa macam tak kena ja untuk aku kekal kan. Tapi, aku suka kakashi! He inspires me. Should I or shouldn’t I change it. Hmm. Kena fikir lagi ney.

Dua tahun aku tak update blog aku. Nasib baik lah email, password aku still ingat lagi. Kalau x, naya aku. Blogspot nie pun da terlalu banyak bezanya. Tak retinya aku! Banyak benda aku kena belajar balik ney. Aduu.

Kalau dulu, blog la aku akan bukak dulu tiap kali nak online. Zaman tu pulak zaman blog tengah up. Bila dah kerja, ada komitmen, penyakit malas sikit demi sikit serang aku. Dulu boleh la aku buat sesi luahan perasaan kat sini. Sekarang, luah kat diri sendiri jer.

Banyak sangat lah yang jadi kat aku. Tak pa lah. Pelan2 aku handle. Hidup tak da masalah tak da lah life kan. Cara macam mana kita handle masalah tu ja yang describe kita nie orang yang macam mana. Kalau dulu, aku orang yang suka lari bila ada masalah. Sekarang, sikit2 aku belajar untuk hadapi masalah tu. Tak guna lari dari masalah.

Orang yang paling buat aku semangat nak menulis balik, adalah Fynn Jamal. Ruginya aku sebab lambat sangat kenal dia. Tapi aku jer la kenal dia. Dia tak kenal pun sapa aku. LoL!

Aku kagum dengan perempuan yang bernama Fynn Jamal ney. Penulisan dia banyak mengajar aku. Untuk jadi lebih outspoken. Untuk jadi betul dia saat orang ramai kata kita tak betul. Untuk hadapi masalah, untuk macam2 lagi lah. Sila lah ke blog, atau Fb dia. Banyak benda baik untuk kita. Tapi agak pedas sikit lah. Telan ja apa yang dia kata. Sebab ada betul jugak apa yang dia tulis tu.

Kali nie, aku kena start from zero balik. Meniarap dulu sebelum boleh merangkak. Merangkak pelan2 dulu sebelum boleh jalan. Jatuh dulu sebelum boleh jalan. Dan jalan dulu sebelum boleh lari.


Aku suka menulis dan bercakap. Bos aku panggil aku shinkunshen sebab aku cakap laju2 macam kapal terbang jepun nu. Tapi bila aku menulis, aku lebih jujur. Aku boleh luah segala nya. Ya lah. Masa nak putus cinta pun aku tulis email. Tak reti bercakap walau aku sangat cakap banyak. Dengan menulis aku boleh luah apa yangaku rasa. Insya Allah, ada masa lebih, akan berupdate selalulah blog aku ney. Harap2 lah. 

Sunday, September 25, 2011

Jangan Ditanya!!

Assalammualaikum W.B.T....

Jangan ditanya kenapa as makin tak update blog.
blog da berwajah baru.
memang ada yang suruh as update blog.
tapi nak buat macam mana.
as da makin hilang interest untuk berblogging.
tapi masih lagi rajin untuk blogwalking.
kenapa?
err.
kan da kata jangan tanya.
tapi jawab p la.
hehe.
maybe sebab as makin sibuk.
atau makin malas nak menaip panjang2.
tapi yang fakta nya, i still don't have new lappy, no internet, so how i'm gonna update my blog daily?
u tell me how?
hah.
kan da marah.
nguu.
as sayang blog nie.
dan as memang suka update blog.
tapi bila apa yang penting di perlukan untuk berblogging tak dak, minat tu makin kurang la.
bila as g blogwalking kat blog orang lain, jeles jer tengok diorang dapat update selalu.
blog as? memang jarang la di update.
makin teruk jer rupanya.
huhu.
insya allah selepas as ada apa yang perlu, as akan rajin update blog.
sekarang pown tengah berusaha untuk beli new lappy.
insya allah.
kalau berkesempatan lah.
as pown da boring hidup tanpa lappy and internet,
berkenaaan kerja lak.
as malas nak cakap.
or write anything.
i afraid it's gonna be big issue.
what i wanna say is, i juz want a clean record.
that's it.

p/s: work work and work. never do anything that gonna make ur bos or ur senior angry. and u'll be safe.

to him, sory because i always hurt u.....not mean it.....=(

Saturday, September 3, 2011

Raya Sakan!!!!

hello suma!!!!
lama kan as tak update blog as nie. rindu tak rindu tak? mesti ramai yang rindu as nak merepek2 kat sini kan kan kan? ngaku jer la. hehe. ok as ngaku as yang perasan! =_="

serius as cakap, as memang rindu gila nak update blog nie! sangat2 rindu ok? eh eh. korang perasan atak yang blog as dah berubah wajah? dah lebih cantik n kemas kan? nama pown dah lain. nie suma thanks kepada my best fren lah which is "ADI" . kawan baik as nie. lepas as paksa2 dsia, akhirnya dia mau buat jugak. tu pown pas as majuk ngan dia. hahaha. ngan suma orang as nak majuk kan. cam apa lagi perangai.

tapi apa pown, as lebih suka macam nie. baru la matang sikit. tak lah berterabur macam dulu. nak harap as buat memang sampai ke sudah lah as tak reti. haha. cuma, ermm, yang MANGGIS tu as memang tak suka ok!! grr...

ok2. back to the topik. melalut lak as. maklumlah dah lama tak update blog. jadi macam nie la. hehe. Raya tahun nie as rasa as memang raya sakan. yeah.tak macam tahun2 lepas. boring. tahun nie macam nak lepas gian n macam masa zaman budak-budak dulu-dulu la plak. p raya sana. raya sini. makan banyak2. best taw. huhu.

so kat bawah nie ada la sikit gambar as masa hari raya tu. sikit jer. malu nak letak banyak2 sebab berat as dah naik. hehe.@_@

Raya Pertama

*wink wink. sila pengsan ok. sesi perasan diri neyh. hehe. tak der gambar lain la. da kat Cik Ayu. nanti baru nak amek. so layan jer la bamgar "ibu mengandung" nie dulu k. hehe.*

Raya Kedua

*tak der gambar. ramai sangat sedara datang umah hari nie. tak sempat nak snap even 1 gambar. huhu.*

Raya Ketiga

*with Adi's family.*

aktivitiraya ketiga di mulakan dengan keluar bersama keluarga Adi. mula2 tu as segan jugak. yea la. bukan pernah jumpa sangat pown family adi neyh. tapi bila Cik Ayu ajak jugak, as pown gagahkan diri nie la untuk g. lagi pown nak jumpa Baby Comel jugak. anak sedara Adi la.

so, bila dah g, baru as rasa macam besh sangat. mak ayah adi sangat sporting! kakak2 n abang2 dia yang sempoi habis. rasa macam dah lama kenal n selalu jumpa jer. pape pown, thanks to Kak Aten yang belanja mam pizza semperna besday anak dia, Idris yang comel tu. sempat jugak la beli hadiah untuk Idris. tapi tak mahal n tak cantik mana pown. beli mana yang mampu.=)


*BBQ time!!my fav time is MAKAN!!haha.

*wif cousin yang sengal. hehe*

then da abeh hang out with Adi's family, as pown bergegas la ke kampung as sebab malam tu jugak ada buat family gathering. kesian kat Cik Ayu sebab kena hantar as pulak. uhuh.

malam tu, kira saudara2 as dari belah ayah as berkumpul ramai2 la. kira semua ada. meriah nya, tak yah nak habaq la. memang sangat2 meriah. dengan makanannya yang banyak. perrgghh.. bukan tak cukup. tapi terlebih cukup. korang makan la sampai perut pecah pown .tak der sapa nak halang. dan as berjaya menambahkan lagi berat as yang telah berat menjadi lebih berat dair biasa, haha.,

dan time nie jugak la as dapat merapatkan hubungan dengan saudara2 as yang jauh-jauh. sepupu-sepupu as yang dah lama tak jumpa, yang boleh jumpa setahun sekali jer. saling usik2, gaduh2. fuuhh. rindu lak time tu. hehe.

Raya Ke empat.

*BBQ lagi. lalala*

*as tukang bakaq satay tu ok*

*siput ti sedap giler. nama apa ntah. kenerang? kemerang? ntah la. dah lupa. taw makan ja. haha*

still lagi dengan family gathering jugak. tapi kali nie belah mak as pulak. buat dekat ALor Star, umah Mak Njang as. makanan banyak. tapi as tak larat nak makan da. harap makan satay ja. even lapaq, tapi tak da selera sangat. mungkin sebab dah makan banyak sangat kowt hari2 sebelum tu, hehe.

Raya Kelima

~stil lagi mood nak beraya tau.=)~
*dengan kawan sekolah. muka as dah tak leyh blah da. belemoeh orang kedah kata. huhu*

*geng2 as!!!!akhirnya ada jugak gambaq ramai2. hehe. errr. sila abaikan gambar as yang nampak besar darti biasa tu. itu hanyalah efek dari kamera sahaja. hehe.*

as baru balik dari beraya kat umah kawan2 as, cikgu sekolah as. so kira macam beraya sakan jugak la sebab makan belambak2. dengan laksa, mee kari, soto. perut nie rasa macam nak pecah da neyh. haha.



so itu lah serba serbi cerita raya as. as memang raya sakan kan? kalah budak2. hehe. apa pown, as bersyukur sebab di lahirkan sebagai orang kampung, yang masih mempunyai kampung. dan dapat merasa seronoknya bertaya di kampung. taka macam di bandar kawan as kata. tradisi macam nie patut kita kekalkan supaya tak lapuk dek zaman. generasi akan datang pown daapt jugak merasa macam mana beshnya raya nie sebnarnya. bukannya balik kampung, bawak balik ps3, main sampai pitam, then pagi raya membuta. ish3. tak besh la macam tu.

ok2. as dah tak larat nak taip panjang2. penat la. insya allah as akan sentiasa jenguk blog as nie. cuba akan memastikan blog nie akan sentiasa berupdate. tak di tinggalkan berhabuk lagi. Insya Allah.

akhir kata, as rasa tak terlambat lagi kowt kalau as nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
untuk semua readers blog as. maaf kalau ada post2 as yang sakitkan hati korang k.

p/s: kalau ada typo tu, abaikan jer la k. malas nak double check. hehe.

Friday, August 19, 2011

PENGUMUMAN!!!!

ASSALAMMUALAIKUM....


ting ting ting!!

pengumuman penting!!

as sudah makin malas untuk update belog kesayangan as.

sangat2 malas dan terlalu malas.

sebabnyer adalah : -


LAPPY TAK DER!!(macam mana mau update blog?)


INTERNET POWN TARAK!!!grrr.


TAK DER MASA. KOJE KOJE DAN TERUS KOJE!!huhu.


TAK DER MASA NAK G CYBER CAFE MACAM DOLU2. (yea la. keja hari2. time cuti pown asyik nak dok lepak kat umah jer. nguu)


so, selagi as tak beli lappy baru sebab lappy as abang as pinjam, selagi tu la blog kesayangan as nie akan terus kesunyian without any update. cian kat blog as kan? waa...


p/s: rindu nak update blog. macam2 cter ada sebenarnya. tapi tak der masa nak update. serius tak tipu. huhu......

Sunday, June 26, 2011

jerawat oh jerawat...



hello suma.
apa khabar?
as harap korang sihat2 la k.
sekarang nie as tengah sakit jiwa.
haip2.
bukan sakit jiwa sebab as gila ka apa.
tapi sebab lain la.
nak taw naper?
sebab sekarang nie jerwat kat muka as bertambah2 dan hidup dengan suburnya di pipi tembam as nie.
T_T
tekanan beb.
geram giler!!



tak pernah la as ada jerawat banyak pai macam nie.
well, muka as nie tak der la lawa mana.
dan as bukan lah yang love beauty too much.
tapi dalam banyak2 hal, as paling benci jerawat naik kat muka as.
it's reduce my confident level.
tangan as pulak bukan reti dok diam.
pantang ada jerawat.
mesti akan di picit punya.
dan bila dah kena picit, dah sah2 la tinggal parut yang hodoh kat pipi nie.
hurm.
masa jumpa si dia last week pown dia ada tegur napa muka naik jerawat banyak sangat.
as pown tak taw.
tak pernah naik banyak macam ni.
dah tu naik jerawat batu kat idong nie plak.
sakit giler.
nasib la sakit.
kalau tak memang dah di tamatkan riwayat nyer.
haha.
so, korang ada tak apa2 petua untuk at least kurangkan penternakan haram jerawat2 nie kat muka as?
as bukan jenis yang suka tukar2 alat solek.
maintain dengan satu jenama jer.
tapi kalau korang ada any other suggestion, ok gak.
dah desperados da neyh.
nguu.

p/s: tak suka jerawat2 nie...T_T

Saturday, June 25, 2011

to ZAHIRIL ADZIM.......serious aku jelez!!!!!

assalammualaikum.


tara. as menjelma lagi.
fuh.
kali nie entry emosi sikit.
jeles wey..
jelez!!!
nak taw kenapa as jelez?
sila tengok gambar di bawah nie ha.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




gambar ZAHIRIL ADZIM WITH SHEERA AYOB!!!!it's totally broke my heart...T_T


ada lagi
-
-
-
-
-
-
-

siap buat paragliding together2 lagi tu.
waa.
makan hati ulam jantung la jawabnya.
sobs.

bagi yang tak tahu,ZAHIRIL ADZIM nie ex as.
cuma saja malas nak kecoh2.
nie baru terasa nak kecoh.
jelez wey.
teganya beliau.
huk3.



------------------------------------------------------------------------------------------------

hahahahaha.
ok2.
tu semua tipu jer ok.
sila jangan percaya ok.
itu hanyalah fantasi as jerk.
hahaha.
kang si dia flying kick as naya jer as menjanda sebelum masanya. hehe.
tapi as memang minat habis la kat Zahiril neyh.
since dia berlakon Filem Kami.
and before that lagi.
so bila dia dah bertunang, memang as rasa kecewa giler lah.
nasib baik lah si SHEERA AYOB tu lawa CUN+LAWA+GEBUS+MABELES+SLIM banyak lagi dari as.
kalau tak memang as as ag broken heart lah.
haha..


so to ZAHIRIL ADZIM, as akan tetap support u lah.
even u dah kahwin dengan tunang u.
what i see is ur acting.
not ur handsome+cute face.
hahaha.
ok si dia dah marah.
baik as caow dulu.
daa....^_^

p/s:jangan marah yea sayang.....=)

wah...lama giler tak update......=_=!



wahhhhhhh. lama giler as tak update blog nie kan? giler dah bertambah habuk2nyer. aduh. maaf2. kalau as kata tak der story tu, tipulah kan. otak as nie hari2 banyak idea yang melimpah ruah untuk di kongsi kat blog kesayangan as nie. tapi apakan daya, as tak dak masa. serius! al maklumla sejak mejadi pekerja yang paling dedikated abad ini. haha!

ok la. nak kata as buzy 24/7 tu tak dak la. cuma as sekarang banyak roadshow. kena g sana. kena g sini .promote sana, promote sini. so bila da balik rumah pown dah malam da kadang2 tu. kalau balik siang pown, mata nie asyik nampak katil jer. taw nak ke alam tidur dengan cepat dan pantas jer kiran. badan ini juga memelukan rahat yang secukupnya. nguu.



*do trust this word*

sepanjang as kerja kat tempat kerja as tu, I think it suit me so much! seriously. persekitaran yang best. colleagues yang sangat2 baik. bos yang sporting. gaji yang erm, boleh tahan la. hehe. even sumtimes as rasa bohsan yang teramat sangat especially bila as tak kerja.as jenis tak suka duduk saja bila dekat opis. mudah boring. tapi it's ok sebab colleagues as ok. boleh dengar experience diorang.dan secara taklangsung boleh tambah pengetahuan as kan.

oh ya. last few days bos as ada la panggil as. sebelum tu dia panggil leader as. on what purpose as pown tak taw la. but when my bos called me, rasa gelabah pown ada jugak. yea la. as kan budak baru. mana la taw asa ada buat salah ke. kerja dengan developer nie kena ikut law sikit. salah sikit abeh la. as lak pasal documentation serious as lemah. dengan kira2 lagi. so masuk bilik bos dengan seribu satu perasaan la.

bila dah jumpa bos, dia ada la cakap pasal perkembangan as sepanjang kerja kat situ. and guess what, she just give a good compliment to me. she said i'm a fast learner, have a good communication with customer, know what to do if customer ask a lot of question, high confident level. but she also ask me to improve my calculation skills and documentation. she also said that maybe I'll confirm earlier than my probationary. it could be by end of this month of early next month. i just start work for a month. with a zero knowledge about property. that's better than what i think. and what else i can say except just smiling? what a relief.

as keluar bilik bos pown dengan senyuman jer. team leader as pown cakap seronok la tu kena puji2 dengan bos. hehe. well, sapa tak seronok kan. even meminbulkan seidkit perasaan bangga bila diorang cakap mungkin itu merupakan yang paling cepat confirm kerja kat situ. lagi lah lebar senyuman as. aduh. jauhkan lah dari perasaan riak. itu semua belum tentu lagi kalau as tak maintain dan di buai mimpi2 indah di siang hari. what i should do is try to do much better.

rasanya tak sia2lah as tolak kerja yang datang setelah as dapat kerja nie. dan tak sia2lah as tolak offer Maybank with double pays. aas nak mula dari bawah sekali. take experience as much as i can. then find another opportunity. as yakin rezeki tu ada di mana2.

tapi yang tak beshnya, bila as kerja kat sini badan as bukan makin kurus. makin berisi ada la. korang cuba bayangkan, kalau kuar g mam, as tk bawak duit pown tak per. ada yang tolong bayarkan. dah la tu, g tempat yang ternak lemak banyak2 pulak tu. eiii. tak sukanya as!!(yea2 jer tak suka. padahal dalam hati dok jerit nak lagi nak lagi!! hahahah. palstik gler)

jadi target as untuk kurus by this end of the year might be a little bit hard. haha. dalam mimpi jer la kan.

ok la. as dah malas nak taip panjang2. nenanti bila as ada free time as update lagi k. daa. as'salam.

p/s:"you have a bright future here". words that i can't forgot until now...=)