Pages

Tuesday, July 23, 2013

Anak kecil mati atas kecuaian si ibu


Assalammualaikum w.bt 


Merujuk kepada kes yang baru terjadi baru2 ini. “Anak kecil mati atas kecuaian si ibu.” Maka banyak lah hakim tanpa tauliah muncul. Pendakwaraya plak tak henti2 menuduh si ibu itu dengan bermacam tuduhan.

“ Emak tak dak otak. Bunuh anak sendiri”
“Apa punya emak nie. Tak layak jadi emak. Boleh plak tinggai anak dalam keta. Dah la panas. Otak letak kat mana”
“Eii tak sayang anak ke?”

Bila si ibu mempertahankan diri mengatakan dia terlupa bahawa anak kecil nya itu ada di dalam kereta, tuduhan ke atas nya makin teruk.

“ Lupa? Lupa ke yang kau tu emak?”
“ Jadi emak mana boleh lupa.”
“Ah, yea la tu. Anak sendiri pun boleh lupa ke? Teruk punya emak.”

 Dan bermacam lagi lah tohmahan, umpatan, kejian yang orang kata kat si ibu tersebut. Ibu mana yang tak sayangkan anak dia. Aku yakin orang yang buang anak dia tu pun sayang kat anak dia sikit-sikit. Cuma dia lebihsayangkan diri sendiri lagi, dan punya otak singkat!

Bagi “hakim-hakim” dan “pendakwaraya” ini, dia bersalah 100%. Tiada kompromi. Hukuman mandatory dah di jatuhkan. Tak perlu ke mahkamah lagi. Masyarakat dah jatuhkan hukuman paling “setimpal” buatnya. Tak perlu alasan lagi. Padan muka dia!

Sedih! Masyarakat masih di tampuk lama. Mudah menghakimi. Mudah menjatuhkan hukuman. Serius! Aku kesian dekat si ibu tu. Dia baru kehilangan anak nya tersayang. Ya! Dia memang cuai. Bak kata Fynn Jamal, kita semua punya sikap cuai. Dan si ibu CUAI, bukan ABAI.

*Sedangkan kita kadang-kadang terlupa di mana letak nya henfon kita.

Kesian lah dekat si ibu tu. Si ibu pasti menanggung beban yang teramat hebat. Di bulan yang mulia ini Allah menguji nya dengan ujian yang sangat berat. Belum reda dengan pemergian anak yang tak direlakan, masyarakat pulak menambah derita dia. Tak perlu lah nak menambah perisa derita untuk si ibu tu.

Cukup lah kita berdoa untuk anak nya. Berdoa semoga kes-kes macam nie x berulang lagi. Mana tau, hari nie kita dok kutuk-kutuk, maki-maki si ibu tu sebab kecuaian dia. Nanti-nanti, bila kena kat batang hidung sendiri, baru menggelabah nak defend diri. Baru tau erti sakitnya tanggung derita sendirian.

Buang lah sikap mudah menghakimi yang sekian lama bersarang dalam hati kita tu. Tak salah kalau berfikir walau sejenak. Sebelum menaip kata-kata, fikir dulu. Letak diri sendiri dalam situasi orang tersebut. Bukan berdosa untuk bersangka baik. Pahala tu suma.

Sekian.


p/s : kalau aku jumpa si ibu itu, akan ku peluk dan berkata ‘sabarlah kak. Allah lebih sayangkan anak akak. Apa yang terjadi punya hikmah. Kuat lah akak.’

Kembali lagi..


Assalammualaikum w.bt.

Entah kenapa. Semangat membuak2 untuk aku menaip datang balik. Selama nie, malas Ya Rabbi nak menulis. Kadang2 ilham datang mencurah2. Tapi, bila da di serang penyakit malas, semua tak mau buat.

Bila baca balik blog aku, aduh, kanak-kanak ribena nya aku. Macam kanak-kanak riang ria di hari raya pun ada jugak. Nampak benar sisi tak matang aku kat situ. Rasa macam nak delete. Tapi sayang pulak. Tengok lah macam mana. Kalau rasa nak delete, aku delete yang mana perlu saja lah.

Imej kakashi nie, rasa macam tak kena ja untuk aku kekal kan. Tapi, aku suka kakashi! He inspires me. Should I or shouldn’t I change it. Hmm. Kena fikir lagi ney.

Dua tahun aku tak update blog aku. Nasib baik lah email, password aku still ingat lagi. Kalau x, naya aku. Blogspot nie pun da terlalu banyak bezanya. Tak retinya aku! Banyak benda aku kena belajar balik ney. Aduu.

Kalau dulu, blog la aku akan bukak dulu tiap kali nak online. Zaman tu pulak zaman blog tengah up. Bila dah kerja, ada komitmen, penyakit malas sikit demi sikit serang aku. Dulu boleh la aku buat sesi luahan perasaan kat sini. Sekarang, luah kat diri sendiri jer.

Banyak sangat lah yang jadi kat aku. Tak pa lah. Pelan2 aku handle. Hidup tak da masalah tak da lah life kan. Cara macam mana kita handle masalah tu ja yang describe kita nie orang yang macam mana. Kalau dulu, aku orang yang suka lari bila ada masalah. Sekarang, sikit2 aku belajar untuk hadapi masalah tu. Tak guna lari dari masalah.

Orang yang paling buat aku semangat nak menulis balik, adalah Fynn Jamal. Ruginya aku sebab lambat sangat kenal dia. Tapi aku jer la kenal dia. Dia tak kenal pun sapa aku. LoL!

Aku kagum dengan perempuan yang bernama Fynn Jamal ney. Penulisan dia banyak mengajar aku. Untuk jadi lebih outspoken. Untuk jadi betul dia saat orang ramai kata kita tak betul. Untuk hadapi masalah, untuk macam2 lagi lah. Sila lah ke blog, atau Fb dia. Banyak benda baik untuk kita. Tapi agak pedas sikit lah. Telan ja apa yang dia kata. Sebab ada betul jugak apa yang dia tulis tu.

Kali nie, aku kena start from zero balik. Meniarap dulu sebelum boleh merangkak. Merangkak pelan2 dulu sebelum boleh jalan. Jatuh dulu sebelum boleh jalan. Dan jalan dulu sebelum boleh lari.


Aku suka menulis dan bercakap. Bos aku panggil aku shinkunshen sebab aku cakap laju2 macam kapal terbang jepun nu. Tapi bila aku menulis, aku lebih jujur. Aku boleh luah segala nya. Ya lah. Masa nak putus cinta pun aku tulis email. Tak reti bercakap walau aku sangat cakap banyak. Dengan menulis aku boleh luah apa yangaku rasa. Insya Allah, ada masa lebih, akan berupdate selalulah blog aku ney. Harap2 lah. 

Sunday, September 25, 2011

Jangan Ditanya!!

Assalammualaikum W.B.T....

Jangan ditanya kenapa as makin tak update blog.
blog da berwajah baru.
memang ada yang suruh as update blog.
tapi nak buat macam mana.
as da makin hilang interest untuk berblogging.
tapi masih lagi rajin untuk blogwalking.
kenapa?
err.
kan da kata jangan tanya.
tapi jawab p la.
hehe.
maybe sebab as makin sibuk.
atau makin malas nak menaip panjang2.
tapi yang fakta nya, i still don't have new lappy, no internet, so how i'm gonna update my blog daily?
u tell me how?
hah.
kan da marah.
nguu.
as sayang blog nie.
dan as memang suka update blog.
tapi bila apa yang penting di perlukan untuk berblogging tak dak, minat tu makin kurang la.
bila as g blogwalking kat blog orang lain, jeles jer tengok diorang dapat update selalu.
blog as? memang jarang la di update.
makin teruk jer rupanya.
huhu.
insya allah selepas as ada apa yang perlu, as akan rajin update blog.
sekarang pown tengah berusaha untuk beli new lappy.
insya allah.
kalau berkesempatan lah.
as pown da boring hidup tanpa lappy and internet,
berkenaaan kerja lak.
as malas nak cakap.
or write anything.
i afraid it's gonna be big issue.
what i wanna say is, i juz want a clean record.
that's it.

p/s: work work and work. never do anything that gonna make ur bos or ur senior angry. and u'll be safe.

to him, sory because i always hurt u.....not mean it.....=(

Saturday, September 3, 2011

Raya Sakan!!!!

hello suma!!!!
lama kan as tak update blog as nie. rindu tak rindu tak? mesti ramai yang rindu as nak merepek2 kat sini kan kan kan? ngaku jer la. hehe. ok as ngaku as yang perasan! =_="

serius as cakap, as memang rindu gila nak update blog nie! sangat2 rindu ok? eh eh. korang perasan atak yang blog as dah berubah wajah? dah lebih cantik n kemas kan? nama pown dah lain. nie suma thanks kepada my best fren lah which is "ADI" . kawan baik as nie. lepas as paksa2 dsia, akhirnya dia mau buat jugak. tu pown pas as majuk ngan dia. hahaha. ngan suma orang as nak majuk kan. cam apa lagi perangai.

tapi apa pown, as lebih suka macam nie. baru la matang sikit. tak lah berterabur macam dulu. nak harap as buat memang sampai ke sudah lah as tak reti. haha. cuma, ermm, yang MANGGIS tu as memang tak suka ok!! grr...

ok2. back to the topik. melalut lak as. maklumlah dah lama tak update blog. jadi macam nie la. hehe. Raya tahun nie as rasa as memang raya sakan. yeah.tak macam tahun2 lepas. boring. tahun nie macam nak lepas gian n macam masa zaman budak-budak dulu-dulu la plak. p raya sana. raya sini. makan banyak2. best taw. huhu.

so kat bawah nie ada la sikit gambar as masa hari raya tu. sikit jer. malu nak letak banyak2 sebab berat as dah naik. hehe.@_@

Raya Pertama

*wink wink. sila pengsan ok. sesi perasan diri neyh. hehe. tak der gambar lain la. da kat Cik Ayu. nanti baru nak amek. so layan jer la bamgar "ibu mengandung" nie dulu k. hehe.*

Raya Kedua

*tak der gambar. ramai sangat sedara datang umah hari nie. tak sempat nak snap even 1 gambar. huhu.*

Raya Ketiga

*with Adi's family.*

aktivitiraya ketiga di mulakan dengan keluar bersama keluarga Adi. mula2 tu as segan jugak. yea la. bukan pernah jumpa sangat pown family adi neyh. tapi bila Cik Ayu ajak jugak, as pown gagahkan diri nie la untuk g. lagi pown nak jumpa Baby Comel jugak. anak sedara Adi la.

so, bila dah g, baru as rasa macam besh sangat. mak ayah adi sangat sporting! kakak2 n abang2 dia yang sempoi habis. rasa macam dah lama kenal n selalu jumpa jer. pape pown, thanks to Kak Aten yang belanja mam pizza semperna besday anak dia, Idris yang comel tu. sempat jugak la beli hadiah untuk Idris. tapi tak mahal n tak cantik mana pown. beli mana yang mampu.=)


*BBQ time!!my fav time is MAKAN!!haha.

*wif cousin yang sengal. hehe*

then da abeh hang out with Adi's family, as pown bergegas la ke kampung as sebab malam tu jugak ada buat family gathering. kesian kat Cik Ayu sebab kena hantar as pulak. uhuh.

malam tu, kira saudara2 as dari belah ayah as berkumpul ramai2 la. kira semua ada. meriah nya, tak yah nak habaq la. memang sangat2 meriah. dengan makanannya yang banyak. perrgghh.. bukan tak cukup. tapi terlebih cukup. korang makan la sampai perut pecah pown .tak der sapa nak halang. dan as berjaya menambahkan lagi berat as yang telah berat menjadi lebih berat dair biasa, haha.,

dan time nie jugak la as dapat merapatkan hubungan dengan saudara2 as yang jauh-jauh. sepupu-sepupu as yang dah lama tak jumpa, yang boleh jumpa setahun sekali jer. saling usik2, gaduh2. fuuhh. rindu lak time tu. hehe.

Raya Ke empat.

*BBQ lagi. lalala*

*as tukang bakaq satay tu ok*

*siput ti sedap giler. nama apa ntah. kenerang? kemerang? ntah la. dah lupa. taw makan ja. haha*

still lagi dengan family gathering jugak. tapi kali nie belah mak as pulak. buat dekat ALor Star, umah Mak Njang as. makanan banyak. tapi as tak larat nak makan da. harap makan satay ja. even lapaq, tapi tak da selera sangat. mungkin sebab dah makan banyak sangat kowt hari2 sebelum tu, hehe.

Raya Kelima

~stil lagi mood nak beraya tau.=)~
*dengan kawan sekolah. muka as dah tak leyh blah da. belemoeh orang kedah kata. huhu*

*geng2 as!!!!akhirnya ada jugak gambaq ramai2. hehe. errr. sila abaikan gambar as yang nampak besar darti biasa tu. itu hanyalah efek dari kamera sahaja. hehe.*

as baru balik dari beraya kat umah kawan2 as, cikgu sekolah as. so kira macam beraya sakan jugak la sebab makan belambak2. dengan laksa, mee kari, soto. perut nie rasa macam nak pecah da neyh. haha.



so itu lah serba serbi cerita raya as. as memang raya sakan kan? kalah budak2. hehe. apa pown, as bersyukur sebab di lahirkan sebagai orang kampung, yang masih mempunyai kampung. dan dapat merasa seronoknya bertaya di kampung. taka macam di bandar kawan as kata. tradisi macam nie patut kita kekalkan supaya tak lapuk dek zaman. generasi akan datang pown daapt jugak merasa macam mana beshnya raya nie sebnarnya. bukannya balik kampung, bawak balik ps3, main sampai pitam, then pagi raya membuta. ish3. tak besh la macam tu.

ok2. as dah tak larat nak taip panjang2. penat la. insya allah as akan sentiasa jenguk blog as nie. cuba akan memastikan blog nie akan sentiasa berupdate. tak di tinggalkan berhabuk lagi. Insya Allah.

akhir kata, as rasa tak terlambat lagi kowt kalau as nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
untuk semua readers blog as. maaf kalau ada post2 as yang sakitkan hati korang k.

p/s: kalau ada typo tu, abaikan jer la k. malas nak double check. hehe.