Pages

Tuesday, July 23, 2013

Kembali lagi..


Assalammualaikum w.bt.

Entah kenapa. Semangat membuak2 untuk aku menaip datang balik. Selama nie, malas Ya Rabbi nak menulis. Kadang2 ilham datang mencurah2. Tapi, bila da di serang penyakit malas, semua tak mau buat.

Bila baca balik blog aku, aduh, kanak-kanak ribena nya aku. Macam kanak-kanak riang ria di hari raya pun ada jugak. Nampak benar sisi tak matang aku kat situ. Rasa macam nak delete. Tapi sayang pulak. Tengok lah macam mana. Kalau rasa nak delete, aku delete yang mana perlu saja lah.

Imej kakashi nie, rasa macam tak kena ja untuk aku kekal kan. Tapi, aku suka kakashi! He inspires me. Should I or shouldn’t I change it. Hmm. Kena fikir lagi ney.

Dua tahun aku tak update blog aku. Nasib baik lah email, password aku still ingat lagi. Kalau x, naya aku. Blogspot nie pun da terlalu banyak bezanya. Tak retinya aku! Banyak benda aku kena belajar balik ney. Aduu.

Kalau dulu, blog la aku akan bukak dulu tiap kali nak online. Zaman tu pulak zaman blog tengah up. Bila dah kerja, ada komitmen, penyakit malas sikit demi sikit serang aku. Dulu boleh la aku buat sesi luahan perasaan kat sini. Sekarang, luah kat diri sendiri jer.

Banyak sangat lah yang jadi kat aku. Tak pa lah. Pelan2 aku handle. Hidup tak da masalah tak da lah life kan. Cara macam mana kita handle masalah tu ja yang describe kita nie orang yang macam mana. Kalau dulu, aku orang yang suka lari bila ada masalah. Sekarang, sikit2 aku belajar untuk hadapi masalah tu. Tak guna lari dari masalah.

Orang yang paling buat aku semangat nak menulis balik, adalah Fynn Jamal. Ruginya aku sebab lambat sangat kenal dia. Tapi aku jer la kenal dia. Dia tak kenal pun sapa aku. LoL!

Aku kagum dengan perempuan yang bernama Fynn Jamal ney. Penulisan dia banyak mengajar aku. Untuk jadi lebih outspoken. Untuk jadi betul dia saat orang ramai kata kita tak betul. Untuk hadapi masalah, untuk macam2 lagi lah. Sila lah ke blog, atau Fb dia. Banyak benda baik untuk kita. Tapi agak pedas sikit lah. Telan ja apa yang dia kata. Sebab ada betul jugak apa yang dia tulis tu.

Kali nie, aku kena start from zero balik. Meniarap dulu sebelum boleh merangkak. Merangkak pelan2 dulu sebelum boleh jalan. Jatuh dulu sebelum boleh jalan. Dan jalan dulu sebelum boleh lari.


Aku suka menulis dan bercakap. Bos aku panggil aku shinkunshen sebab aku cakap laju2 macam kapal terbang jepun nu. Tapi bila aku menulis, aku lebih jujur. Aku boleh luah segala nya. Ya lah. Masa nak putus cinta pun aku tulis email. Tak reti bercakap walau aku sangat cakap banyak. Dengan menulis aku boleh luah apa yangaku rasa. Insya Allah, ada masa lebih, akan berupdate selalulah blog aku ney. Harap2 lah. 

4 comments:

Epilogue Epic said...

kalau rajin ka ye.... gambate!!! gambate....!!

Epilogue Epic said...

kalau rajin ka ye.... gambate!!! gambate....!!

nojiukaeman said...

...

Cik As said...

hahaha....insya allah rajinnn....aminnn