Pages

Tuesday, January 4, 2011

ini bukan original mine..amek dari blog orang....hehe..=)


*tengok2. jujur tak as. cilok kat blog orang lain pown as gtaw. as mintak izin dlu k. (padahal da amek baru mintak izin.hehe. jahat2!)*

besh lak info nie bila as baca kat BLOG eSEMPOI.COM. lawak pown lawak. tapi penuh informasi. so kalau korang nak taw amenda, sila baca sampai habis k. hehe....=)

Ini adalah fakta pelik tapi menarik yang berlaku di seluruh dunia…mari kita hayatinya….

Fakta 1..Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus @ Fauziah Gous berasa bangga sekejap…hahahuhuhhihhi…

Fakta 2..Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.Bak kata orang..’lu boleh GO TO HELL lah..’

Fakta 3..Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

Fakta 4..Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi….hihihi……..

Fakta 5..Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

Fakta 6..Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

Fakta 7..Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

Fakta 8..Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

Fakta 9..Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

Fakta 10..Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

Fakta 11..Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

Fakta 12..Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

Fakta 13..Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

Fakta 14..Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm,badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia,kuda tidur secara berdiri,obor-obor mengandungi lenih 95% air,dan kanggaru boleh melompat sejauh 9m sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai topang.

Fakta 15..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia.

Fakta 16..Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah manakala jika seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas…hmmmmmhhh….


p/s: ha besh tak???as saje jer nak kongsi. benda baik elok di kongsi kan. suami jer tak besh kalau di kongsi...agaga...

entri sesaja....=)





elop!
pekabo anda semua?
amcam tahun baru?
da ada azam yang da tercapai kah?
kalau as, 1 pown hampeh.
haha.
tak pa.
awal ag kan.
ada ag 362 hari lagi kan.
panjang lagi tu.
haha.


*sila abaikan gambar syok sendiri ini ya*

as nie bukan tak da keja.
ada banyak keja nak kena buat neyh.
dengan report ag.
tapi memandangkan sindrom malas nie menyerang, pa pown maleh nak wat.
lagi2 tengah puasa nie.
taw nak tido jer kejanya.
hahaha.

*ini bukan gaya as tidur. ini gaya si dia tido..haha*

*ini baru gaya as tido. comel gitu. hehe*

pe pown, jap g nak kena siapkan keja dulu.
baru leyh tido dengar aman.
*SOLAT sama ya siti nur aswani. jangan nak ngelat*
adeh.
apa lagi yang as nak tulis eh.
tak der idea sangat.
tapi tamaw la biar blog as tak der story.
huhu
hurm.
nothing da kowt.
t ag melalut as taip.

p/s:never ever loose hope in your life......!!!

Saturday, January 1, 2011

saya juga mahu pakwe terkenal!!!!~wink~





wah tajuk, penuh konroversi gitu. haha. dah ada pakwe pown, still nak ada pakwe lain lagi ke?ngee. well, besa la. bila mai penyakit tak bapa betul nie, jadi macam nie la. haha. nie semua gara2 as pergi ke blog si Elia la. eh, korang tak kenal Elia? adeh. ketinggalan zaman tol la. haha. Elia tu la. ha. Elia awek nya si Fahmi gol keeper yang mata sepet ala2 pelakon korea idaman as tu. keh3. nak link blog si Elia tu, sila klik sini ya kawan2.

blog dia tu tetiba ja jadi blog yang paling gleymer. nie sejak 2 menjak pakwe dia tu jadi player yang paling HOT di pasaran bola sepak la. yea la. gol keeper yang mantop tu. *pe pown, Helmi ELiza tetap pujaan hatiku. hahaha* as minat gak kat Fahmi tu, tapi sejak taw Elia tu awek dia, terus jadi tak minat. keh3. *cemburu2*

*Khairul Fahmi ngan aweks dia yang sangat shomel, Elia. wee.*

blog si Elia nie, dari follower dia yang sket,tetiba ja jadi meletop you di pasaran dunia blog. tadi as pergi blog dia pown follower dia da 6000++. pergh. beribu kali ganda dari blog as yang errmmm. ntah la. sukar nak tulis kenyataan tu. hahaha. suma tu gara2 pakwe dia yang gleymer lagi HOT tu la. fuhh. untung awek dia. pakwe gleymer, awek yang jadik perhatian. siap FAFAU g blog dia ag. wahhh. i jelez u.

kalau la as kapel ngan orang2 di bawah nie, kompom blog as akan jadi super duper gleymer. wah. follower mesti bertambah riban2. tak pown juta2. hari2 stalker my blog as. kah3. angan. melampau benor.


*kim hyun joong oppa, u nak tak jadik pakwe i??plez plez plez.*

*taemin sayang, kita kapel jom*

wahaha. gilak kamu. awal2 tahun pown da wat kontroversi yek. hehe. maaf2. nie suma pasal as dok umah sorang2 ngan member as la nie. yang lain pakat balik rumah. si dia lak g kenduri. tu la pasal otak as jadi mereng skit. hehe.

adeh. gila2. baru semalam wat azam nak jadik matang. tak matang2 ag lak nampaknya. hehe. ape la. da ler. as da malas la nak merapu. kang orang kata as makan puji lak. tak pown meroyan. haha. daa. salam. take care.

p/s: kamu, kalau jadi la atlet sumo. kompom kamu jadk gleymer nya. saya gak leyh tumpang gleymer kamu, hahaha. gylak!!!!

selamat tahn baru 2011....ape azam saya tahun nie yek???



*comel kan kekasih gelap as bagi salam..hehe..love u kakashi...wahaha..*

*dumm* *dumm* *dumm*
eh. bunyi bunga api la. ohh. da new year. *rasa ketinggalan la plak. al maklum la. dok umah sorang2. haha.*=_="

sedar tak sedar tahun 2010 da pergi meninggalkan kita semua dan takkan kembali lagi da. kira da jadi sejarah dalam hidup kita semua la. sekarang da masuk tahun 2011 la. huhu.


dulu as rasa macam umur as tak panjang ja. rasa macam tak sempat merasa masuk tahun baru 2011 jer. tapi alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur as, dapat gak as hidup sampai ke tahun nie, tahun 2011. tapi yang pasti, umur semakin bertambah. nguu.

kalau untuk tahun 2010, azam as telah as capai dengan jayanya. hari tu wat, hari tu gak as berjaya capai. yea!! sila tepuk tangan. haha. itu merapu punya azam. kali nie as nak wat azam yang betul2 punya azam. azam yang tulus dari hati, dari akal fikiran, dan dari segi kemampuan as. *cewah ayat tak tahan. hehe*

adeh. napa awal tahun jer, mesti buat azam baru la, itu la, ini la. hurm. teringat lak kata2 lecturer as. dia kata ~kenapa manusia perlu tunggu tahun baru, baru nak wat azam macam2? ini sebab, manusia perlu starting point untuk memulakan sesuatu tu. tak penting bila. cuma sudah menjadi kebiasaan azam di buat bila masuk tahun baru masihi ataupun hijrah. yang penting, azam untuk capai azam tu, betul2 tekad. baru menjadi~

well, betul gak kan apa kata lecturer as tu. so, tahun nie as ada beberapa azam yang as target untuk capai tahun nie gak. insya allah. kalau allah izinkan la. pe pown, as akan cuba untuk capai gak azam tu. antara azam as adalah:

1) menjadi manusia yang lebih baik.
~tahun 2010 telah tinggalkan as dengan seribu satu kenangan. mungkin banyak yang tak manis dari mani kowt. entah la. cuma as harap, tahun nie as menjadi manusia yang lebih baik dari tahun lepas. jadi anak yang baik, jadi kawan yang baik, awek yang baik. pendek kata semuanya lebik baik dari biasa la. hehe

2)menahan lidah dan nafsu dari mengumpat.
ini sangat susah as nak wat. biasa la lidah perempuan. kalau tak mengumpat tak sah. yea as ngaku, lidah as nie cepat jer nak ngumpat. cuma sejak 2 menjak nie, as rasa bersalah sangat kalau nak mula ngumpat2 nie. rasa cam tak besh lak dok ngutuk2 orang kat belakang. tak adil. n kesian sangat2 untuk yang jadi mangsa tu. as tak suka di umpat, jadi orang lain pown sama la kan. sapa yang suka di umpat. jadi, insya allah, as akan kurangkan, atau lebih sesuai lagi tak ngumpat langsung. da tak tergamak rasanya nak makan daging sesama saudara nie. rasa berdosa sangat2. hurm

3) membalas kejahatan dengan kebaikan.
yang nie pown belum tentu as mampu buat. cuma, as akan cuba untuk buat. as selalu kata dekat kawan2 as, kalau orang buat jahat kat kita kenapa nak balas jahat jugak. kalau kita balas jahat balik, so kita nie sama jahat la dengan orang yang buat jahat kat kita tu. tak da bezanya. jadi, as akan cubna buat apa yang as kata kat kawan as tu. cakap saja tak guna kan. mungkin sukar. yea la. sapa sanggup tahan kalau orang dok buat jahat kat kita kan. tapi Nabi Muhammad S.A.W mampu. dan sahabat as, Ayu mampu. tak salah kan as contohi apa yang baik dalam diri mereka itu. dan as akan cuba selagi as mampu. as pown bukanlah malaikat.

4) mematangkan diri.
as da nak masuk 21 tahun. da makin muda. kena wat pangai orang2 muda la. hehe. perasan!!sebetulnya as makin tua. bak kata mak as kalau as kawin da ada anak 2 orang da. adeh. =_=". as muda lagi la. kawin pe awal2. tak besh la. huhu. so, bersesuaian la dengan umur as yang da makin meningkat nie, as kena matangkan diri. blog as nie pown da tak macam dulu. yang banyak merapu nya. ntah hapa2. sekarang da lain kan. hehe. chaiyok2!!as kena cepat matang. jangan sikit2 majuk, sensitif tak bertempat.
*ape yang tersembunyi di pic nie??*

5)cari kerja, dapatkan lesen kereta, dan beli kereta.
nie mungkin azam as yang terakhir. lepas as habis belajar, as ingat as nak kerja. study?insya allah as akan buat PJJ or seangkatan dengannya. kesian kat family as. tak mampu kowt nak sara semuanya. so lebih baik as kerja, dapat gak bantu family as kan. then, as nak dapatkan lesen kereta, pastu beli kereta. kereta secondhand pown jadi la. janji kereta. hehe. jeles la tengok orang bawak kereta. nak gak bawak kereta. leyh layan drift lak. haha.

hurm. as rasa banyak tu jer kowt azam baru as. mampu tak mampu as nak capai terpulang la. kalau Allah izinkan, tercapai la azam as tu. tak tercapai sepenuhnya, tercapai sebahagian pown jadi la. takut gak letak azam tinggi2. nanti azam tinggal azam ja. pe pown, usaha tu penting kan. tawakal aja tak guna gak. =)

so, apa azam tahun baru korang? nak capai azam tahun lepas ke?hehe....XD

p/s: tercapaikah azam as tahun nie? hurm..wallahualam...