Pages

Sunday, January 16, 2011

masalah??senyum ja.....



as baru balik kampung jer balik kampung minggu nie. well, selepas berminggu2 majuk tamaw balik gara2 gado2 manja ngan abang as la neyh. hehe. rindu sangat2 kat kampung tu. mak as pown da bising suh as balik. takkan tak balik kowt kan. as da separuh mati rindu kat adik2 as, mak ayah as. mana bleyh tahan. huhu.

as balik dengan mood yang hepi la. as balik umah ja, adik2 as my kat as, cakap kat as napa as lama ngat tak balik. diorang tu sebenarnya nak gula2 ja. saja ja nak amek aty as. hehe. so, masa petang tu as habiskan masa dengan membuli adik2 as. haha. itu memang da menjadi hobi as kalau balik kampung. tak buli adik2 as tak sah. hehe.

dan malam tu plak, sambil2 as tengok tv ngan mak as, as borak2 la nga mak as. n mak as bagitau benda yang wat as tekejut sangat2.

mak: wani, hang taw dak lagi ayah hang da tak gheja da?
as: *diam dan blur2.*erk. awat lak da?
mak:kotrak ayah hang tak sambung. la nie ayah hang tak gheja da la. mula daghi awai taun lagi. ayah hang dok umah ja. nak wat macam na.
*ayah as kejanya hanya sebagai tukang kebun sekolah. walaupown kerja gomen, tapi tiap 5 tahun kena perbaharui kotrak tu. untuk tahun nie, kontrak tu tak di sambung atas sebab2 yang tak di ketahui*
as:dah tu? takkan tak dapat sambung lak kowt?
mak:tak taw la. ada rezeki, ada la. mau tak mau kena tunggu bulan 2 nanti la tengok macam mana. hrap2 depa sambung balik la. hang tu ngaji elok2. jangan dok guna duit sangat. la nie mak ja yang gheja. mana nak bagi duit sekolah adik2 hang lagi, duit kat abang hang lagi. hang jangan dok seronok sangat perabeh duit.
*as da mula sebak. mak as hanya kerja kilang ja.berapa la sangat duit gaji mak as tu?*
as:tak pa la. duit orang ada lagi. pandai2 la orang jimat.

pas cakap ngan mak as tu, as masuk blik, then nangis dalam blik. *skunk pown da rasa cm nak nangis balik. as memang cepat nangis kalau da menda2 macam nie. huhu*as terfikir, macam mana mak n ayah as nak handle benda nie? nasib baik la ayah as ada bukak nursery jual pokok2. walaupun da tak rancak macam dulu2, ada la jugak hasilnya sikit2.

*yes!never ever give up inur life. no matter what happen.*

as sampai sekarang masih terfikir lagi menda nie. lagi2 semalam, as n ayah as dok kat depan, ayah as cakap lagi pasai menda nie. as tahan jer sebak. walau hati as sedih sangat2. n wajah ayah as pown terserlah kedukaan. as diam ja. tak mampu nak kata apa2. sebab kalau as cakap, kompom as akan menangis depan ayah as. as tak mau buat ayah as lagi sedih. jadi as buat2 TABAH walaupun as tak tabah mana.

as asyik terfikir benda nie. macam mana nak hilangkan dari fikirka benda nie? as tak mampu. as tak boleh tak fikir benda nie. sebab as taw, mak ayah as mesti tengah susah hati fikir benda nie. ayah as mesti tengah fikir cara untuk settlekan masalah nie. Astagfirullah. sabarlah wahai hati.

as ingat lagi, masa as form 4. benda macam nie da pernah jadi kat family as. time tu, memang sangat2 darurat la. bayangkan sampai 1 tahap, mak as terpaksa pecahkan tabung smpanan adik2 as. guna untuk bagi duit sekolah as adik beradik. duit sekolah as waktu tu dari rm2, turun kepada rm1. apalah sangat bleyh di beli dengan duit banyak tu. jadi time rehat, as tak join kawan2 as pergi kantin. as pura2 as da kenyang. tapi diam2 as pergi toilet, minum air paip jer. *aiseh. sebak lagi*

dalam peti sejuk umah as lak, memang tak da pa langsung. satu hari tu, ayah as bukak peti ais, tengok ada 1 biji kubis yang agak layu. beras lak tinggal sikit jer lagi. ayah as masak sayur lemak kubis. kami 1 family makan berebut2, sambil ketawa sama2. rasa macam tak da masalah jer time tu. satu family as hepi2 jer. dan as rasa masakan kali tu la yang paling sedap as makan.

*masalah bukan satu beban*

sebab u bila kawan2 as cakap yang diorang tak de duit, ataupun cakap "ala, dua ratus jer pown", as rasa kaget sangat2. mungking hidup diorang bertuah *as cemburu*. serba serbi senang. tak perlu susah2 untuk dapatkan sesuatu. tapi bukan untuk as. as hidup dalam keluarga yang agak susah. as di ajar untuk menghargai setiap wang yang as dapat.untuk dapatkan sesuatu as kena usaha. atau dapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.baru ayah as akan bagi something.

as takkan senang2 dapat sesuatu tu kalau as terus mintak kat ayah as. ayah as akan cakap, "hang nak apa2, usaha. bagi dapat result elok dulu. baru boleh" dan memang betul. handset pertama as dapat, lepas as dapat result yang agak elok dalam PMR. walaupun handset biasa, as dah bersyukur sangat2. lepas SPM lak, as dapat laptop sebab as dapat result yang ok gak. ALhamdulillah. as tak mintak pown laptop tu. tapi ayah as bagi, as terima la. hehe.

walau apa pun dugaan yang datang dalam family as, as harap akn ada jalan penyelesaian. as percaya, ALLAH hanya menguji as sekeluarga. satu hari nanti akan dapat sesuatu yang lebih baik lagi. Insya Allah. itu doa as. lepas nie, rasanya memang da confirm as kerja. as tak sanggup nak susahkan mak ayah as lagi. kesian dekat mak ayah as. sobs.

tujuan as tulis nie bukan nak mintak simpati. bagi as blog nie la tempat as luah rasa hati as. cuba fikirkan, kalau korang rasakan yang korang da ada macam2 masalah, ada ramai lagi yang ada masalah yag lebih teruk. dan bagi as lak, kalau as rasa family as ada masalah kewangan, as percaya, ramai lagi yang punya masalah lagi teruk. jadi, masalah??senyum ja. Insya Allah, akan ada jalan penyelesaian nya...=)

p/s:as sayang family as sangat2...sayang ayah, sayang mak.....

No comments: