Pages

Wednesday, February 18, 2009

hARI YANG SANGAT MEMENATKAN!!!!HUHU...


assalammualaikum...
hai.semalam teman letih gila!!err, waras lagi kut. Dekat2 la. Haha. Jadual teman hari ni padat sangat2. Dari pagi sampai ke maghrib. Huhu. Letih la. Teman cerita la sikit2 apa yang teman buat semalam. Kang korang kata teman tipu lak. Huhu.

8.00-11.00= teman ‘terpilih’ untuk aktiviti entah apa2. Kenapa teman kata cm tu? Sebab teman pown tak tau apa yang teman buat time tu. Buang masa ada la. Huhu. Ni sebab semalam PA (penasihat akedemik) teman bagitau teman yang hari ni teman kena pergi dewan muadzam shah. Dewan politeknik teman la. Bila teman Tanya kenapa, dia tak nak cakap. So, pagi tadi pown teman pergi la. Dengan lagi 6 orang budak kelas teman sem lepas dan 6 orang dari kelas teman sem ni. Tepat pukul 8 kami semua dah tercangak kat depan dewan tau. Dalam aty punya la tkut pasai pa la kami semua kena p dewan tu. Tunggu punya tunggu, kami pown di benarkan masuk la kat dalam dewan tu. Nasib bek ada aircond. Sejuk sket aty teman. Hehe.

Ingatkan bila masuk, diorng cakap la pasai pa kami kena panggil. Tapi hampeh. Lecturer diam aja. Bila Tanya diorang kata sabar la. Nanti kami tau gak. Huhu. Geram gak la. Dah la perut asyik berkaraoke ja. Lapar gila. Tapi teman juz sabar ja la. Kang mengamuk kena buang poli lak. Hehe. Kat dalam dewam pun kami kena tunggu lagi. Adoi la. Teman paling benci menunggu taw. Tension giler. Tapi teman stil boleh sabar. Akhirnya teman tau jugak pasai pa teman ngan kawan2 teman yang lain kena datang sini. Rupanya diorang nak buat statistic pasai pa dak tau. Teman tak reti nak cerita. Tapi yang pasti tujuan dia untuk pastikan IPTA ni bebas dadah la. Yang buat nie pown my dari agensi anti dadah.

Hai, nak habaq yang tu pown susah ka? Bukan susah sangat pown. Kalau habaq awal2 tak payah la teman fikir bukan2 lagi. Huhu. Lepas di beritahu, lelaki dan perempuan pun di asingkan la.Ya la. Takkan nak wat sekali kowt laki pompuan. Huhu. Tapi yang teman tak puas aty, dari 76 orang pompuan, 20 orang ja diorang pilih untuk buat urine test. N teman tak kena buat pown!!! Adoi la. Sia2 penantian teman. Bukan teman nak buat sangat pun. Cuma tak berbaloi teman tunggu lama2 kat dalam dewan tu, tapi apa pown tak buat. Hai, sabar aja la.

11.00-1-30=teman ada kelas time ni. Mula2 statistik (kelas yang paling teman tak suka), pastu ekonomi (baru nak suka). Kalau ikut2 teman dengan yang kena p tadi tak mau masuk kelas. Nak ponteng la. Tapi tak jadi. Takut punya pasai. Haha. Nyaris2 kantoi ngan lecturer. Nasib bek g. Hoho. Kelas statistic dari pukul 10.15 sampay 12.15. Tapi teman p sejam ja. Haha. Pastu kelas ekonomi plak. Pukul 12.15 sampy 1.15. Mata teman dah mengantuk tiap kali masuk kelas ni tau. Haha. Nasib bek kelas kelab kembara mula pukoi 3. Leyh la teman rest sat. Huhu.

3.00-7.30= kelab time. Huhu. Di sebabkan semalam hari selasa, so, teman ada pejumpaan untuk kelab teman iaitu kelab kembara. Kelab ni memang best sebab banyak g camping. Teman suka g camping. Sebab tu teman pilih kelab ni. Untuk hari ni lecturer kelab teman juz suruh kami semua bukak and simpan khemah ja. Teman dah reti sebenarnya. Tapi dah ada yang tau tau, teman buat aja la. Huhu. Semua ni habis dalam pukul 5.15 la. Dah habis ja aktiviti untuk kelab teman, ada la pulak latihan taekwondo. Perghh. Favourite teman tu. Dah lama tak berlatih taekwondo. Teman pown tak kira. Teman nesti join jugak. Tak kira. Minat punya pasal. Di sebabkan dah lama tak berlatih, teman asyik kena tegur dengan coach aja. Adoi la. Malu teman. Punya la mengaku ahli taekwondo. Tapi asas pown leyh lupa. Haha. Padan muka teman. Habis latihan ni dalam pukul 7.30. letih yang amat sangat. Surau pun teman tak p berjemaah. Asar pun terpaksa teman qado. Ya Allah. Apa punya bz la teman hari nie. Bnda wajib pun leyh buat macam tu. Huhu.

Korang bayangkan betapa sibuknya teman semalam. Letih yang amat. Nasib bek hari ni kelas pukul 2. teman bangun lewat giler hari ni. Wakaka. Apa2 pun, bagi teman semalam ja teman rasa menyampah, meluat, sakit aty dan macam2 lagi la perasan negative wujud. Tapi percayalah, lama2 nanti bila teman ingt balik mesti teman senyum punya. Pengalaman dalam hidup teman. Bukan senang tau nak dapat pengalaman macam teman ni. Susah oo. Kena letih macam teman baru dapat. Haha. Jadi, kalau korang ada pengalaman yang ‘menyiksa’ jiwa teman, jangan marah sangat. Sebab satu hari nanti korang akan fikir menyesal fikir macam tu sebab itu satu pengalaman hidup korang. Macam teman cakap dulu, pengalaman adalah yang paling penting dalam hidup kita. Hidup tanpa pengalaman teramat la boring. Tak caya???lantak korang la. Teman tak paksa pun suruh paksa. Wakaka.

K la. Dah penat sangat ni merapu. Nanti teman tulis pengalaman yang lain lak eh. Kalu nak baca, baca la. Tak nak baca sudah. Tak jejaskan teman pun. Huhu. K. Salam. Always take care and hope Allah blessing always b wif u guys.......;)

P/s: teman tak tau apa yang teman merapu kali nie. Kalau korang rasa tak paham apa2, sorry eh???

No comments: